首页    期刊浏览 2024年11月24日 星期日
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Strategi daya tindak penjaga pesakit mental di Perlis (Coping strategies of mentally ill family caregivers in Perlis)
  • 作者:Paramjit Singh Jamir Singh ; Azlinda Azman ; Syazwani Drani
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2018
  • 卷号:14
  • 期号:1
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:

    Penyakit mental tidak hanya memberi kesan kepada pesakit mental tetapi ia juga memberi impak kepada kehidupan ahli keluarga mereka. Menjaga ahli keluarga yang mengidap penyakit mental akan memberi tekanan dan beban yang besar terhadap penjaga keluarga. Kajian kualitatif ini bertujuan untuk meneroka strategi daya tindak yang digunakan oleh ahli keluarga yang bertindak sebagai penjaga kepada ahli keluarga mereka yang mengidap penyakit mental. Seramai lima belas (15) orang responden iaitu penjaga yang menjaga ahli keluarga mereka di negeri Perlis telah ditemubual dan mengambil bahagian dalam kajian ini secara sukarela. Hasil kajian menunjukkan bahawa penjaga keluarga pesakit mental telah menggunakan beberapa strategi daya tindak bagi menjaga ahli keluarga mereka yang mengidap penyakit mental seperti pendekatan keagamaan, mendapatkan sokongan emosi, bersabar dan melibatkan diri dalam aktiviti riadah. Kajian ini mencadangkan agar penjaga keluarga melibatkan diri dalam kumpulan sokong bantu bagi membolehkan mereka untuk mendapatkan sokongan emosi dan maklumat yang diperlukan daripada penjaga lain yang mempunyai pengalaman yang sama dalam memberikan penjagaan terhadap pesakit mental. Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia juga perlulah berupaya untuk menyediakan latihan yang bersesuaian kepada semua penjaga yang memberi penjagaan terhadap ahli keluarga mereka yang mengidap penyakit mental. Latihan ini sememangnya penting bagi membolehkan penjaga keluarga menyediakan perkhidmatan penjagaan yang lebih baik terhadap ahli keluarga mereka yang mengidap penyakit mental.

  • 关键词:beban; penjaga keluarga; penyakit mental; pesakit mental; strategi daya tindak; tekanan
Loading...
联系我们|关于我们|网站声明
国家哲学社会科学文献中心版权所有