首页    期刊浏览 2024年09月18日 星期三
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Daya tampung kemudahan pendidikan dan implikasi kepada kesejahteraan penduduk di Mukim Serendah (The capacity of education facilities and the implications for the well-being of the people in Mukim Serendah)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Mohd Faizul Muhammad ; Mazdi Marzuki ; Muhammad Hasbi Abdul Rahman
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2018
  • 卷号:14
  • 期号:1
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:

    Pertambahan penduduk di sesuatu kawasan mempunyai perkaitan yang kuat dengan keupayaan daya tampung sesuatu kemudahan untuk dinikmati oleh penduduk. Pada masa kini pertambahan penduduk yang agak pesat telah berlaku di Mukim Serendah. Impaknya terdapat sesetengah kemudahan yang disediakan tidak lagi mampu memenuhi permintaan daripada penduduk. Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengkaji daya tampung kemudahan pendidikan dan implikasi terhadap kesejahteraan penduduk. Kajian ini menggunakan analisis daya tampung berdasarkan Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia pada tahun 2013. Kajian menggunakan data sekunder melibatkan data penduduk, jumlah sekolah dan jumlah murid. Seramai 400 orang responden di Mukim Serendah. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan daya tampung kemudahan pendidikan mengikut kawasan di Mukim Serendah. Keadaan kemudahan pendidikan di Mukim Serendah juga yang kebanyakannya tidak memenuhi piawai yang ditetapkan. Implikasinya ia memberi kesan kepada murid, guru dan ibu bapa. Hasil kajian ini penting kepada pihak yang bertanggungjawab untuk melakukan perancangan kemudahan pendidikan yang lebih baik kepada penduduk. Kawasan yang kurang daya tampung kemudahan pendidikan perlu ditambah bilangan sekolah agar kemudahan pendidikan dapat memenuhi keperluan penduduk dan meningkatkan kesejahteraan kepada penduduk.

  • 关键词:carry capacity; implications; education facilities; wellbeing; education; school
国家哲学社会科学文献中心版权所有