首页    期刊浏览 2025年02月20日 星期四
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Faktor penentu kejayaan usahawan kuih tradisional di Daerah Papar, Sabah (Determinant Factors for the Success of Traditional Cookies Entrepreneurs in Papar District, Sabah)
  • 作者:Johan Johnes ; Nur Faraeein Zainal Abidin ; Jabil Mapjabil
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2018
  • 卷号:14
  • 期号:1
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:

    Keusahawanan tempatan adalah pemangkin terhadap pembangunan komuniti di sesebuah kawasan. Daerah Papar adalah sinonim dengan salah satu keusahawanan tempatan di Sabah iaitu penghasilan kuih tradisional. Populariti keusahawanan kuih tradisional yang berjaya sehingga ke peringkat pasaran antarabangsa mendorong pengkaji untuk meneliti faktor penentu kejayaan usahawan kuih tradisional di daerah berkenaan. Objektif utama kajian ini adalah untuk meneliti faktor dalaman dan faktor luaran yang mempengaruhi kejayaan mereka dalam keusahawanan kuih tradisional. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu teknik temu bual tidak langsung, temu bual mendalam, penglibatan ikut serta dan pemerhatian di lapangan. Sehubungan itu, seramai 11 orang informan terlibat dalam kajian ini. Berdasarkan hasil analisis SWOT, kajian ini berjaya menentukan faktor dalaman dan faktor luaran kejayaan usahawan kuih tradisional di daerah Papar. Untuk aspek kekuatan (S), faktor yang dikenal pasti adalah tahap pengetahuan, sikap berniaga, resipi, modal perniagaan dan kemahiran berkomunikasi. Untuk kelemahan (W) pula, faktor seperti asas keusahawanan yang lemah, kekangan modal perniagaan, sikap negatif dalam berniaga, kurang kemahiran berkomunikasi dan kelemahan pengurusan adalah faktor yang menghalang kejayaan usahawan. Analisis peluang (O) menunjukkan aspek bantuan modal perniagaan, penggunaan media sosial, kursus keusahawanan, permintaan pelanggan dan sasaran pasaran mempengaruhi faktor kejayaan usahawan kuih tradisional di Papar. Analisis ancaman (T) mendapati aspek persaingan produk, dominasi syarikat besar, kualiti produk, kos pengeluaran dan kekurangan sumber adalah halangan yang dikenal pasti. Hasil kajian ini adalah relevan khususnya kepada pihak pemegang taruh kerana boleh dijadikan sebagai panduan pelan strategik untuk membangunkan sektor keusahawanan Perusahaan Kecil dan Sederhana yang berdaya saing dan bertaraf global.

  • 关键词:faktor penentu kejayaan; keusahawanan tempatan; kuih tradisional; Papar; Perusahaan Kecil dan Sederhana; usahawan
Loading...
联系我们|关于我们|网站声明
国家哲学社会科学文献中心版权所有