首页    期刊浏览 2025年02月17日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Kesedaran komuniti terhadap pengurusan kebersihan dalam kawasan perkampungan homestay di Daerah Temerloh (Community awareness towards the management of cleanliness in homestay Village Area, Temerloh)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Rosniza Aznie Che Rose ; Zainor Nizam Zainal Abidin ; Rosmiza M.Z.
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2018
  • 卷号:14
  • 期号:1
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:

    Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kesedaran terhadap pengurusan kebersihan di kawasan perkampungan homestay di daerah Temerloh. Kajian ini dijalankan di dua buah kampung yang terlibat secara aktif dalam aktiviti homestay di daerah Temerloh iaitu Kampung Rumpun Makmur dan FELDA Jengka 25. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik dan temu bual bersama pengusaha homestay dan penduduk kampung. Seramai 55 orang responden dipilih melalui pensampelan secara purposif. Kajian mendapati tahap kesedaran pengurusan kebersihan di kedua-dua buah kampung adalah berbeza. Kampung FELDA Jengka 25 mempunyai tahap kesedaran kebersihan yang lebih tinggi berbanding Kampung Rumpun Makmur. Hasil kajian turut mendapati penduduk di kedua-dua kawasan kampung mematuhi garis panduan pada tahap yang tinggi seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia terhadap beberapa aspek seperti kemudahan akses jalan raya, bebas dari pencemaran alam sekitar, persekitaran yang sesuai untuk memaparkan cara hidup orang Malaysia, ruangan bilik tidur yang mencukupi, layanan mesra terhadap pelancong, keselesaan pelancong, penyelenggaraan yang rapi terhadap kemudahan asas, kebersihan persekitaran rumah, sistem pembuangan air dan perparitan yang baik serta peka terhadap langkah-langkah keselamatan. Walau bagaimanapun, program homestay di kedua-dua kampung ini memerlukan perhatian daripada pihak sewajarnya bagi memastikan program ini terus kompetitif sekali gus menepati objektif yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

  • 关键词:homestay; community; management; tourism; villagers; entrepreneurs
国家哲学社会科学文献中心版权所有