首页    期刊浏览 2024年09月16日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Analisa terhadap kaedah pengulasan laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling di Malaysia (Analysis on Environmental Impact Asessment review method in Malaysia)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Abdul Rahman Mahmud ; Zaini Sakawi ; Khairul Nizam Abdul Maulud
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2017
  • 卷号:13
  • 期号:4
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:

    Kualiti laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) merupakan suatu petunjuk penting bagi menilai keberkesanan EIA. Untuk memantau tahap kualiti laporan EIA, kaedah pengulasan laporan EIA yang lebih sistematik amat diperlukan. Aktiviti pengulasan EIA merupakan suatu mekanisme kawalan kualiti yang dapat membantu pihak berkuasa membuat keputusan yang terbaik terhadap sesebuah cadangan projek. Kajian ini memberi fokus terhadap penilaian kaedah pengulasan laporan EIA di Malaysia. Ia dijalankan melalui analisa kandungan terhadap garis panduan EIA umum dan prosedur pemprosesan laporan EIA di Malaysia. Seterusnya, satu perbandingan antara senarai semak yang digunakan dalam prosedur pemprosesan EIA di Malaysia dan senarai semak Kesatuan Eropah telah dilakukan. Kajian mendapati terdapat empat kaedah pengulasan EIA yang dijalankan di Malaysia iaitu pengulasan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar, agensi, kendiri dan pakar. Terdapat beberapa kelemahan dalam aspek prosedur pengulasan EIA dan wujudnya potensi serta ruang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan dalam konteks pengulasan EIA di Malaysia. Keperluan untuk menyediakan pakej pengulasan EIA yang komprehensif adalah perkara penting untuk mengukur pematuhan garis panduan dan kualiti kajian EIA. Pembentukan pakej pengulasan EIA memberi manfaat yang besar untuk mengukur prestasi amalan EIA secara berterusan di Malaysia. Ia juga merupakan langkah untuk meningkatkan kualiti proses membuat keputusan dalam aspek pengurusan alam sekitar.

  • 关键词:EIA effectiveness; quality of EIA report; EIA review; Environmental Impact Asessment; environmental management; EIA checklist 
国家哲学社会科学文献中心版权所有