首页    期刊浏览 2025年02月23日 星期日
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Pemikiran belia Malaysia: Pengaruh umur, etnisiti dan status ekonomi (Thoughts of Malaysian youth: Influences of age, ethnicity and economic status)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Zulkifley Hamid ; Muammar Ghaddafi Hanafiah
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2016
  • 卷号:12
  • 期号:11
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Kajian ini telah dilakukan untuk membandingkan bentuk pemikiran belia yang berlainan tahap umur. Data kajian juga dapat menentukan pengaruh etnik terhadap bentuk pemikiran belia, dan juga dapat memperlihatkan pengaruh status ekonomi terhadap cara belia berfikir. Data kajian lapangan telah dikumpul menggunakan satu set borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Instrumen kajian telah dibentuk menggunakan Skala Likert. Kajian telah dilakukan di tiga kawasan iaitu Felda Trolak Selatan di Perak, Ramuan Cina di Melaka dan Bandar Baru Bangi di Selangor. 912 orang belia dari pelbagai tahap umur, etnik dan status ekonomi telah dipilih sebagai responden kajian. Dapatan kajian jelas menunjukkan tahap umur mempengaruhi cara belia berfikir. Dapatan turut menunjukkan terdapat perbezaan yang ketara dalam bentuk pemikiran belia yang berlainan etnik. Data kajian juga menunjukkan cara belia berfikir adalah berbeza disebabkan oleh perbezaan status ekonomi. Perbezaan pemikiran adalah disebabkan oleh pelbagai faktor, khususnya pemboleh ubah-pemboleh ubah yang menjadi fokus dalam kajian ini. Dapatan kajian dapat memberikan petunjuk yang berguna kepada para perancang dan pelaksana program intervensi dan pemerkasaan belia di Malaysia. Belia yang datang dari latar belakang kehidupan yang berbeza harus menerima bentuk intervensi dan latihan pemerkasaan yang berbeza. Jika faktor tahap umur, etnik dan status ekonomi dapat dipertimbangkan dan diambil kira dalam perancangan dan pelaksanaan pelbagai program yang melibatkan belia, taklimat dan latihan yang diberikan kepada mereka akan memberikan kesan yang jauh lebih baik. Perbezaan tahap umur, etnik dan status sosio ekonomi telah menyebabkan perbezaan cara berfikir dalam kalangan belia Malaysia
  • 关键词:Age group; economic status; ethnicity; youth empowerment; youth intervention program; youth thoughts.
国家哲学社会科学文献中心版权所有