首页    期刊浏览 2025年02月21日 星期五
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Penerokaan bentuk keterikatan Melayu melalui ragam bahasa: Perbandingan fonologi Melayu Sadong Sarawak dengan Melayu Semenanjung (In search of Malay solidarity via dialects: Mainstream phonological affinities of Sarawak Sadong Malay and Peninsular Malay)
  • 作者:Shahidi A.Hamid ; Rahim Aman ; Ab. Samad Kechot
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2016
  • 卷号:12
  • 期号:11
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:

    Makalah ini bertujuan menyerlahkan keterikatan ragam bahasa antara Dialek Melayu Sarawak dengan dialek Melayu di Semenanjung Malaysia, khususnya dari aspek fonologi. Keterikatan ini seterusnya dinilai berasaskan konsep kesepaduan dan keharmonisan ragam bahasa Melayu di Malaysia. Kaedah lapangan dan kepustakaan telah diaplikasikan bagi memperoleh data dan maklumat berkaitan ragam bahasa Melayu yang dituturkan di kawasan lembangan Sungai Sadong Sarawak serta Semenanjung Malaysia. Kajian ini berbentuk kualitatif dan data telah dihuraikan secara kaedah Linguistik Deskriptif. Kawasan penelitian merangkumi kampung-kampung Melayu di sepanjang lembangan Sungai Batang Sadong di Sarawak. Penelitian ke atas kosa ilmu kajian lepas menunjukkan bahawa fokus kajian terdahulu lebih tertumpu kepada Dialek Melayu Kuching, Dialek Melayu Saribas, dan Dialek Melayu Sibu. Varian dialek Melayu di lembangan Sadong dianggap sebagai cebisan Dialek Melayu Kuching. Terdapat juga pengkaji lepas (misalnya, Saidatul 2013, Madzhi 1988) yang menganggap bahawa Dialek Melayu Kuchinglah yang lebih dekat dan terikat dengan Bahasa Melayu. Namun demikian, dapatan awal pengkaji menunjukkan bahawa dialek Melayu di lembangan Sadong memiliki ciri linguistik yang tersendiri yang berbeza dengan Dialek Melayu Kuching, Melayu Saribas, mahupun Melayu Sibu. Selain itu, dialek Melayu Sadong menyerlahkan beberapa bentuk bukti kesejajaran fonologinya dengan beberapa dialek Melayu di Semenanjung Malaysia. Antara lain, kewujudan bentuk kelainan [E], [«] dan [] di akhir kata (masing-masing mirip kepada dialek Melayu Kelantan, Johor dan Negeri Sembilan), penggunaan nasal alveolar menggantikan nasal velar di akhir kata yang mirip dialek Melayu Kedah, di samping elemen monoftongisasi. Justeru, di sebalik kewujudan unsur inovasi, ciri retensi bersama yang diperlihatkan antara dua varian dialek Melayu yang terpisah jauh oleh Laut Cina Selatan ini sangat mengagumkan. Unsur pengekalan ini menyerlahkan keutuhan perpaduan Melayu melalui bahasa. Kajian ini mampu memberi implikasi penting kepada pemetaan landskap dialek Melayu, di samping menyerlahkan indikasi signifikan kepada khazanah kosa ilmu budaya Melayu.

  • 关键词:dialek Melayu; fonologi; perpaduan Melayu; ragam bahasa; retensi bersama
Loading...
联系我们|关于我们|网站声明
国家哲学社会科学文献中心版权所有