首页    期刊浏览 2024年09月16日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Perbandingan tingkah laku sosial berdasarkan kumpulan etnik dalam kalangan generasi muda terpinggir di Malaysia (A Comparison of Social Behaviour Based on Ethnicities Amongst Marginalized Youths in Malaysia)
  • 作者:Fauziah Ibrahim ; Tsuey Chong Sheau ; Choon Lian Denise Koh
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2016
  • 卷号:12
  • 期号:13
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:

    Artikel ini disediakanbertujuan untuk mengenalpastiperbandingan tingkah laku sosial berdasarkan kumpulan etnik dalam kalangan generasi mudaterpinggir di Malaysia. Kajian telah dijalankan dengan menggunakan reka bentuk tinjauan keratan-lintang secara kuantitatif. Seramai 4,107generasi mudapelbagai etnik yang tinggal di kawasan terpinggir dan berumur dalam lingkungan 15-25 tahun telahdipilih sebagai responden kajian. Data kajiantelah dianalisis dengan menggunakan ujianANOVA untuk mengenalpasti perbandingan tingkah laku sosial berdasarkan kumpulan etnik di Malaysia. Hasil kajian mendapati secara relatifnya, majoriti generasi muda pelbagai etnik yang tinggal di kawasan terpinggir tidak menunjukkan gangguan tingkah laku dan masalah emosi yang membimbangkan. Kesemua etnik generasi muda yang tinggal di kawasan terpinggir juga mempamerkan kemahiran prososial yang baik dan perlu dibanggakan. Hanya generasi muda dalam kalangan enik India sahaja menunjukkan masalah hubungan dengan rakan sebaya yang membimbangkan berbanding generasi muda terpinggir dalam kalangan pelbagai etnik lain di Malaysia. Analisis terhadap dimensi tingkah laku hiperaktif menunjukkan tingkah laku hiperaktif yang dipamerkan oleh generasi muda yang tinggal di kawasan terpinggir berada pada tahap yang membimbangkan. Hasil kajian memberi implikasi ke arah keperluan mewujudkan program-program pembangunan generasi muda masa hadapan yang lebih relevan dan terkini dengan keperluan semasa mereka. Usaha mempertingkatkan aspek tingkah laku hiperaktif dalam kalangan generasi muda pelbagai etnik di Malaysia adalah diperlukan bagi membantu mencapai matlamat negara ke arah pembentukan perpaduan dan generasi muda yang sejahtera.

  • 关键词:social behaviour; gender; etnic; marginalized youth; unity; 1 Malaysia concept
Loading...
联系我们|关于我们|网站声明
国家哲学社会科学文献中心版权所有