首页    期刊浏览 2025年02月17日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Hakisan tanih dan masalah sedimen di Alur Ilmu, UKM (Soil erosion and sediment problems in the Alur Ilmu, UKM)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Mokhtar Jaafar ; Hafizi Mat Salleh
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2016
  • 卷号:12
  • 期号:13
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Masalah bahan mendak terutama sedimen terampai adalah salah satu daripada punca pencemaran yang berlaku dalam aliran Alur Ilmu, UKM. Salah satu penyumbang kepada muatan sedimen terampai dalam Alur Ilmu adalah proses hakisan tanih. Sehubungan itu kajian dilakukan bagi menganggar hasilan sedimen dalam aliran Alur Ilmu melalui proses hakisan tanih jangka pendek di bahagian hulu lembangan Alur Ilmu. Teknik radionuklid berilium-7 digunakan bagi menganggar kadar hakisan tanih melalui model profil taburan tanih. Manakala penjanaan sedimen terampai ditentukan berdasarkan data muatan sedimen terampai dan hakisan tanih berdasarkan peristiwa hujan semasa. Hasil kajian mendapati kadar anggaran bersih hakisan tanih adalah 42.1 t ha-1 dan nisbah hasilan sedimen adalah 0.683 peratus. Ini menghasilkan sekurang-kurangnya 36.23 t km-2 sedimen terampai daripada sesuatu peristiwa hujan semasa dan proses hakisan tanih. Jumlah hasilan sedimen terampai ini adalah tinggi bagi lembangan Alur Ilmu yang hanya bersaiz kecil. Sehubungan itu, usaha mitigasi harus pertimbangan sewajarnya pada kejadian proses hakisan tanih yang berlaku di bahagian hulu lembangan Alur Ilmu. Ini termasuk memulihara cerun musnah akibat daripada hakisan galur, dan menambah kepadatan tumbuhan di permukaan landskap sedia ada.
  • 关键词:Alur Ilmu; beryllium-7; Geography ; soil erosion; ; radionuclide; sediment
国家哲学社会科学文献中心版权所有