首页    期刊浏览 2024年09月16日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Pembandaran dan kemudahterancaman isi rumah pinggir bandar raya metropolitan Kuala Lumpur (Urbanization’s vulnerability and adaptation of households in the sub-urban metropolitan of Kuala Lumpur)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Wan Maznah Wan Harun ; Rosniza Aznie Che Rose ; Azahan Awang
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2016
  • 卷号:12
  • 期号:14
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Pembandaran merupakan sebahagian daripada perubahan persekitaran global yang melibatkan aktiviti ekonomi, sosial dan politik penduduk. Perkembangan bandar tergambar melalui peningkatan bilangan penduduk, perubahan persekitaran fizikal, budaya serta guna tanah. Tekanan ekonomi di pusat bandar raya metropolitan mengalih tumpuan industri, perniagaan dan petempatan ke kawasan pinggiran. Selari dengan itu, pelbagai kesan positif dapat dinikmati oleh isi rumah pinggir bandar raya metropolitan (PBrM) seperti peningkatan peluang pekerjaan, kemudahan awam dan aksessibiliti yang semakin baik. Namun demikian, kepesatan pembandaran yang berlaku turut membawa bersama kemudahterancaman ( vulnerability ) manusia kepada isi rumah setempat khasnya kemudahterancaman ekonomi seperti peningkatan sewa rumah dan harga tanah. Kertas ini bertujuan mengesan pembandaran dan menganalisis kemudahterancaman ekonomi yang dihadapi oleh isi rumah PBrM. Data dikumpul dan dianalisis berdasarkan Model Pengukuran Rasch. Nilai kebolehpercayaan item bagi konstruk pembandaran dan kemudahterancaman ialah 0.86 dan 0.95. Kedua-dua nilai kebolehpercayaan ini jauh melepasi nilai minimum yang diperlukan oleh Rasch untuk membuktikan kecukupan item bagi tujuan pengukuran. Kajian ini mendapati isi rumah sangat berpuas hati dengan pembandaran yang berlaku (MNSQ = 0.91 [SE = .17]) dan kewujudan kemudahterancaman ekonomi (MNSQ = 1.00 [SE = .18]). Ujian korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif antara pembandaran (M = 0.66, SD = 0.18) dengan kemudahterancaman (M = 0.72, SD = 0.18) di mana nilai r = .24, p = .028.
  • 关键词:household; outskirts; vulnerability; urbanization; environmental; sub-urban metropolitan
国家哲学社会科学文献中心版权所有