首页    期刊浏览 2024年11月29日 星期五
登录注册

文章基本信息

  • 标题:E-PEMBELAJARAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DARI PERSPEKTIF GENERASI Y DAN BUDAYA (E-LEARNING IN INSTITUTE OF HIGHER EDUCATION FROM THE PERSPECTIVE OF GENERATION Y AND CULTURE)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Hazwani Nordin ; Dalbir Singh
  • 期刊名称:ASEAN Journal of Teaching & Learning in Higher Education
  • 电子版ISSN:1985-5826
  • 出版年度:2018
  • 卷号:8
  • 期号:2
  • 页码:16-34
  • 语种:
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:E-pembelajaran telah diimplementasikan dalam sistem pendidikan untuk meningkatkan minat pelajar terhadap pelajaran. Perubahan sistem pendidikan ini membolehkan komunikasi dua hala antara pengajar dan pelajar berbanding dengan pembelajaran konvensional. Namun, majoriti pelajar menggunakan e-pembelajaran hanya memuat turun nota kuliah serta menghantar tugasan dan tidak menggunakan e-pembelajaran untuk pembelajaran yang sebenarnya. Ini boleh menjejaskan perlaksanaan hasrat kerajaan dalam menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat di mana e-pembelajaran digunakan sebagai salah satu platform untuk merealisasikan matlamat tersebut. Ini disebabkan oleh sistem e-pembelajaran yang tidak memenuhi kehendak pelajar generasi kini maka pelajar tidak mengambil bahagian walaupun ianya boleh membantu mereka dalam proses pembelajaran. Kehendak setiap pelajar berbeza kerana setiap pelajar datang dari pelbagai latar belakang budaya. Kertas ulasan ini meneliti isu berkaitan dengan pelajar generasi Y yang semakin ramai menuntut di universiti serta memahami kehendak mereka terhadap e-pembelajaran. Isu budaya turut dibincangkan dalam ulasan ini bagi memahami nilai budaya Malaysia dan nilai global generasi Y yang berbeza dengan generasi lain. Hasil kertas ulasan ini mendapati bahawa ciri-ciri global gen Y dan budaya Malaysia berkongsi beberapa ciri yang boleh membantu meningkatkan keterlibatan pelajar dalam e-pembelajaran. Selain itu, kajian masa depan turut dicadangkan bagi terus meneroka budaya pelajar gen Y di Malaysia. Akhir sekali, hasil ulasan ini diharapkan dapat menyumbang kepada penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar generasi Y dengan lebih meluas dalam mencapai hasrat kerajaan menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat. Kata kunci: Generasi Y; budaya; e-pembelajaran; model budaya Hofstede
  • 其他摘要:E-pembelajaran telah diimplementasikan dalam sistem pendidikan untuk meningkatkan minat pelajar terhadap pelajaran. Perubahan sistem pendidikan ini membolehkan komunikasi dua hala antara pengajar dan pelajar berbanding dengan pembelajaran konvensional. Namun, majoriti pelajar menggunakan e-pembelajaran hanya memuat turun nota kuliah serta menghantar tugasan dan tidak menggunakan e-pembelajaran untuk pembelajaran yang sebenarnya. Ini boleh menjejaskan perlaksanaan hasrat kerajaan dalam menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat di mana e-pembelajaran digunakan sebagai salah satu platform untuk merealisasikan matlamat tersebut. Ini disebabkan oleh sistem e-pembelajaran yang tidak memenuhi kehendak pelajar generasi kini maka pelajar tidak mengambil bahagian walaupun ianya boleh membantu mereka dalam proses pembelajaran. Kehendak setiap pelajar berbeza kerana setiap pelajar datang dari pelbagai latar belakang budaya. Kertas ulasan ini meneliti isu berkaitan dengan pelajar generasi Y yang semakin ramai menuntut di universiti serta memahami kehendak mereka terhadap e-pembelajaran. Isu budaya turut dibincangkan dalam ulasan ini bagi memahami nilai budaya Malaysia dan nilai global generasi Y yang berbeza dengan generasi lain. Hasil kertas ulasan ini mendapati bahawa ciri-ciri global gen Y dan budaya Malaysia berkongsi beberapa ciri yang boleh membantu meningkatkan keterlibatan pelajar dalam e-pembelajaran. Selain itu, kajian masa depan turut dicadangkan bagi terus meneroka budaya pelajar gen Y di Malaysia. Akhir sekali, hasil ulasan ini diharapkan dapat menyumbang kepada penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar generasi Y dengan lebih meluas dalam mencapai hasrat kerajaan menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat. Kata kunci: Generasi Y; budaya; e-pembelajaran; model budaya Hofstede
国家哲学社会科学文献中心版权所有