摘要:Dalam sistem ekonomi liberal-kapitalis yangdiguna pakai secara meluas pada ketika ini,seseorang yang membelanjakan pendapatannyabagi tujuan memaksimumkan utiliti materialmerupakan sesuatu yang rasional dan digalakkan.Hal ini kerana penggunaan utiliti material yangmaksimum dijadikan sebagai ukuran kemajuan.Dengan itu, semakin tinggi kepenggunaan utilitimaterial, semakin tinggilah tahap kemajuan.Walau bagaimanapun, memaksimumkanpenggunaan utiliti bagi mencapai kepuasanmaterial sebegini boleh menimbulkan kesannegatif terutamanya masalah keberhutanganyang serius dan muflis. Masalah ini berlakuapabila para pengguna membelanjakanpendapatannya bagi tujuan memaksimumkankepuasan material melampaui kemampuan.Justeru, mereka terpaksa berhutang. Sebagaiumat Islam, bagaimanakah penggunaan yangsepatutnya diamalkan? Apakah ukurannyajuga berasaskan kepenggunaan utiliti yangmaksimum seperti dalam sistem ekonomiliberal-kapitalis yang banyak diamalkansekarang ataupun terdapat ukuran yang khusushingga melahirkan satu bentuk kepenggunaanyang unik? Berhubung isu inilah, makalah inibertujuan meneliti fenomena kepenggunaandalam sistem ekonomi liberal-kapitalis danmeneroka satu model kepenggunaan yang lebihberhemah dan terbaik (wasatiyyah).Dalam perkataan lain, ia dikenali sebagaikepenggunaan-wasatiyyah. Bagi mencapaiobjektif ini, kajian ini hanya melibatkanpenerokaan idea berkaitan model kepenggunaanwasatiyyah.Hasilnya ia menemukan modelkepenggunaan-wasatiyyah yang berfalsafahkantauhid, tahap kepenggunaan yang berakarumbikan komponen maqasid al-syari‘ah danbermatlamatkan mencapai keredaan Allah SWT.