首页    期刊浏览 2024年09月16日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Tafsiran Harian Identiti Nasional: Pandangan Akar Umbi
  • 本地全文:下载
  • 作者:Mohd Mahadee Ismail, PhD ; Lee Yok Fee, PhD ; Ku Hasnita Ku Samsu, PhD
  • 期刊名称:Research Journal of Social Sciences
  • 印刷版ISSN:1815-9125
  • 电子版ISSN:2309-9631
  • 出版年度:2016
  • 卷号:9
  • 期号:3
  • 页码:20-27
  • 出版社:INSInet Publications
  • 摘要:Makalah ini membincangkan tentang pandangan golongan belia, khususnya, mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) tentang identiti nasional. Persoalan identiti nasional merupakan suatu elemen yang cukup kompleks dan abstrak. Penerimaan dan pemahaman seseorang terhadap identiti nasional amat berbeza dan rencam sifatnya. Lantaran itu, satu kajian spesifik telah dijalankan berkaitan dengan penerimaan dan pemahaman golongan belia umumnya dan mahasiswa UPM khususnya terhadap perkara ini. Kajian ini mengaplikasi pendekatan kualitatif melalui Nominal Group Technique (NGT) yang dijalankan terhadap mahasiswa UPM. Mereka dipilih berdasarkan kepada kumpulan etnik tertentu bagi menggambarkan persekitaran realiti masyarakat Malaysia. Keutamaan diberikan adalah pelajar yang telah mengambil kursus Hubungan Etnik dan Kenegaraan Malaysia. Umumnya, hasil kajian mendapati mereka faham tentang konsep identiti nasional tetapi dengan tingkat keamatan yang berbeza-beza. Mereka juga boleh mengklasifikasikan ciri-ciri identiti nasional dan melihat kesepaduan dalam kepelbagaian menjadi intipati utama dalam pengekalan keharmonian di negara ini. Kajian turut mendapati golongan belia akar umbi menerima simbol dan berbangga dengan kepelbagaian agama serta etnik dan elemen-elemen yang mengikat di antara rakyat.
  • 关键词:Identiti nasional; tafsiran harian;belia akar umbi; UPM
国家哲学社会科学文献中心版权所有