摘要:Penggunaan teknologi maklumat secara besar-besaran pada PRU ke-13 yang lalu telah memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat untuk mencipta kemenangan besar yang seterusnya menafikan penguasaan dua pertiga Barisan Nasional di Dewan Rakyat. Dengan menyebarkan pelbagai maklumat yang berkait dengan parti serta pemimpin mereka di media sosial, Pakatan Rakyat telah berjaya menambat hati para pengundi terutamanya Generasi Y di Kuala Lumpur (KL). Peranan dan sumbangan Generasi Y terhadap keputusan PRU-13 yang lalu membuka ruang dan peluang kepada kajian ini untuk melihat dengan lebih dekat lagi naluri dan citarasa yang bakal ditunjukkan oleh mereka pada PRU ke-14 nanti. Dengan 141 responden, kajian initelah berjaya menjelaskan suatu pola pengundian Generasi Y bagi PRU ke-14 nanti berdasarkankepada faktor politik, ekonomi, isu semasa, pemimpin, parti politik, prestasi pemimpin dan jangkaan keputusan. Kelemahan Barisan Nasional dalam menangani isu semasa di samping krisis kepimpinan dalam parti memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat untuk dijadikan pilihan oleh Generasi Y pada PRU ke-14 kelak