首页    期刊浏览 2024年09月19日 星期四
登录注册

文章基本信息

  • 标题:KECEKAPAN BERTUTUR BAHASA ARAB DAN PENDEKATAN PENGAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR BERSERTA ELEMEN COACHING DAN MENTORING
  • 本地全文:下载
  • 作者:Masyitoh Yaacob ; Firuz Akhtar Mohamad Bohari ; Kaseh Abu Bakari
  • 期刊名称:ASEAN Journal of Teaching & Learning in Higher Education
  • 电子版ISSN:1985-5826
  • 出版年度:2018
  • 卷号:10
  • 期号:2
  • 页码:28-44
  • 语种:Malay (macrolanguage)
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Pemerolehan kemahiran bertutur bahasa Arab menjadi isu penting dalam pembelajaran bahasa Arab. Tujuan utama pengajaran kemahiran bertutur ialah menjadikan para pelajar cekap bertutur dalam bahasa yang dipelajari. Kecekapan bertutur bahasa Arab pelajar boleh diasah melalui pendekatan pengajaran yang digunakan oleh pensyarah. Kekurangan pendekatan pengajaran yang dapat menjadikan pelajar cekap bertutur dalam bahasa Arab merumitkan lagi keadaan. Oleh itu, Kajian ini bertujuan untuk mengukur kecekapan bertutur 21 orang pelajar kursus PPPJ3503 Bahasa Arab Lisan dalam aktiviti role play dan pidato spontan. Dokumen yang dianalisis dalam kajian ini ialah keputusan penilaian akhir semester dan item soal selidik yang berkaitan dengan kecekapan bertutur para pelajar setelah mengikuti kursus ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat penambahbaikan terhadap kesanggupan bertutur, pengurangan tahap kebimbangan, keyakinan berbahasa, kecekapan bertutur dalam kalangan para pelajar. Kursus PPPJ3503 Bahasa Arab Lisan ini telah berjaya menunjukkan bahawa pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar dengan elemen coaching dan mentoring berpotensi untuk diaplikasikan dalam pengajaran kemahiran bertutur bahasa Arab khasnya dan bahasa Arab secara amnya. Selain daripada itu, kajian ini juga mendapati bahawa lebih 85% pelajar menganggarkan bahawa mereka telah mengalami peningkatan dalam kecekapan bertutur bahasa Arab setelah melalui proses pengajaran bahasa Arab lisan dengan menggunakan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar dengan elemen coaching dan mentoring . Kata kunci : kemahiran bertutur, bahasa Arab, elemen coaching, elemen mentoring , pembelajaran bahasa Arab
  • 其他摘要:Pemerolehan kemahiran bertutur bahasa Arab menjadi isu penting dalam pembelajaran bahasa Arab. Tujuan utama pengajaran kemahiran bertutur ialah menjadikan para pelajar cekap bertutur dalam bahasa yang dipelajari. Kecekapan bertutur bahasa Arab pelajar boleh diasah melalui pendekatan pengajaran yang digunakan oleh pensyarah. Kekurangan pendekatan pengajaran yang dapat menjadikan pelajar cekap bertutur dalam bahasa Arab merumitkan lagi keadaan. Oleh itu, Kajian ini bertujuan untuk mengukur kecekapan bertutur 21 orang pelajar kursus PPPJ3503 Bahasa Arab Lisan dalam aktiviti role play dan pidato spontan. Dokumen yang dianalisis dalam kajian ini ialah keputusan penilaian akhir semester dan item soal selidik yang berkaitan dengan kecekapan bertutur para pelajar setelah mengikuti kursus ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat penambahbaikan terhadap kesanggupan bertutur, pengurangan tahap kebimbangan, keyakinan berbahasa, kecekapan bertutur dalam kalangan para pelajar. Kursus PPPJ3503 Bahasa Arab Lisan ini telah berjaya menunjukkan bahawa pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar dengan elemen coaching dan mentoring berpotensi untuk diaplikasikan dalam pengajaran kemahiran bertutur bahasa Arab khasnya dan bahasa Arab secara amnya. Selain daripada itu, kajian ini juga mendapati bahawa lebih 85% pelajar menganggarkan bahawa mereka telah mengalami peningkatan dalam kecekapan bertutur bahasa Arab setelah melalui proses pengajaran bahasa Arab lisan dengan menggunakan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar dengan elemen coaching dan mentoring . Kata kunci : kemahiran bertutur, bahasa Arab, elemen coaching, elemen mentoring , pembelajaran bahasa Arab
国家哲学社会科学文献中心版权所有