首页    期刊浏览 2024年10月05日 星期六
登录注册

文章基本信息

  • 标题:PENAMBAHBAIKAN PRESTASI MELALUI PEMAHAMAN SISTEM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KE ARAH INOVASI DAN AMALAN TERBAIK
  • 本地全文:下载
  • 作者:Nor Sakinah Mohamad
  • 期刊名称:ASEAN Journal of Teaching & Learning in Higher Education
  • 电子版ISSN:1985-5826
  • 出版年度:2019
  • 卷号:11
  • 期号:1
  • 页码:73-109
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Pendidikan memainkan peranan kritikal di peringkat sejagat dalam usaha membangunkan dan memperkembangkan tenaga kerja berkemahiran tinggi. Salah satu cabaran dalam pendidikan ialah sebahagian besar pelajar yang tidak menguasai bahan mengikut standard yang dikehendaki. Sehubungan dengan itu, kertas ini menumpukan kepada kajian proses pengajaran dan pembelajaran ke arah penambahbaikan inovasi dan amalan terbaik. Mata pelajaran matematik ini dipilih memandangkan peratusan pelajar yang memilih kursus sains tulin semakin merosot saban tahun di peringkat sekolah menengah dan memberi kesan kepada bilangan pelajar jurusan sains di universiti. Untuk memahami isu prestasi ini, proses pengajaran dan pembelajaran perlu difahami dengan lebih mendalam. Kajian pelbagai kes pengajaran dan pembelajaran Matematik dikaji mengikut perspektif pemikiran bersistem. Data kajian pelbagai kes dikumpul menggunakan temubual mendalam dan pemerhatian. Seterusnya data ini dianalisis menggunakan perisian NVIVO. Dapatan kajian pertama, komponen hala tuju pengajaran dan pembelajaran memberikan pengaruh besar kepada segala aktiviti dalam bilik darjah khususnya dan sekolah amnya. Kedua, komponen proses pengajaran dan pembelajaran terdiri daripada elemen reka bentuk pengajaran, pengurusan bilik darjah, pemantauan, pentaksiran, penilaian, guru, pelajar dan kurikulum. Semua elemen dalam komponen ini berorientasikan hala tuju peperiksaan. Ketiga, komponen hasil ialah prestasi pelajar dan prestasi guru. Prestasi guru sering dinilai berdasarkan keputusan pelajar dalam peperiksaan. Keempat ialah komponen persekitaran terdiri daripada dua bahagian iaitu sokongan dan maklum balas. Maklum balas ini mesti dilihat mengikut perspektif bersistem untuk memahami perkaitan antara elemen dan komponen. Kelima, kaitan pelbagai elemen dan komponen dalam pengajaran dan pembelajaran yang saling berinteraksi antara satu sama lain dikenali sebagai sistem pengajaran dan pembelajaran. Dapatan membawa implikasi bahawa bagi mengatasi masalah prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran, dua konsep pengajaran dan pembelajaran berikut perlu dilihat dan difahami secara mendalam sebagai satu sistem yang menyeluruh. Pertama, hanya dengan pemahaman sistem pengajaran dan pembelajaran ini, perlaksanaan inovasi dan amalan terbaik dapat dilaksanakan dengan lebih tepat berdasarkan masalah sebenar mengikut konteks. Kedua, usaha penambahbaikan sistem pengajaran dan pembelajaran secara sistematik dan berterusan diharapkan dapat meningkatkan kualiti dan skala inovasi dalam pendidikan yang boleh memberikan impak kepada masyarakat keseluruhannya. Education plays an essential role in developing and enhancing a skilled workforce within the global sphere. One of the challenges affecting education is that most learners do not absorb the course content up to the required standard. As a result, this paper focuses on a research which is related to teaching and learning to help enhance innovations and adoption of best practices aimed at performance improvement. The study was centered on mathematics subject because the percentage of students choosing science courses at the high school level is decreasing steadily every year, thereby affecting the number of university science students. To understand this issue of performance, the teaching and learning process must be adequately followed. Multiple case study systems of teaching and learning in Mathematics, were explored based on the systems thinking viewpoint. The data was collected through comprehensive interviews and observations and then analyzed using NVIVO software. The first finding revealed that the components of teaching and learning direction have a significant impact on all classroom activities, in particular, and the school in general. Secondly, the elements of the teaching and learning process were found to comprise of teaching designs, classroom management, monitoring, assessment, teachers, students, and curriculum. All the essentials in this component are oriented towards the examinations. Third, the outcome components are student performance and teacher performance. Teacher performance is often evaluated based on the students' examination or test results. The fourth finding is an environmental component, which consists of two parts: support and feedback. This feedback must be viewed from a systematic perspective to understand the relationship between elements and components. The fifth one is the relationship between the different teaching and learning components that interact with one another, which is also known as the systems of teaching and learning. Based on the findings, it was concluded that to address performance issues in teaching and learning; the following two concepts should be perceived and understood fully as an elaborate system. Only with the understanding of this system can the implementation of innovation and best practices be executed more precisely concerning the real issues within context. Functional and systematic improvement of the teaching and learning system is expected to enhance the quality and scale of innovation in education that can impact the community as a whole.
  • 关键词:Pemikiran bersistem;Sistem Pengajaran dan Pembelajaran;Inovasi;Amalan terbaik;Teknologi prestasi manusia
国家哲学社会科学文献中心版权所有