摘要:Artikel ini bertujuan mengkaji krisis kewangan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
(NNMB) yang berlaku antara tahun 1920 hingga 1924. Pembentukan NNMB
dan Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) telah membolehkan kerajaan British
menguasai pentadbiran kewangan persekutuan menerusi Pesuruhjaya Tinggi
British di Tanah Melayu. Penguasaan pentadbiran kewangan ini bermatlamat
untuk mengabsahkan segala sumbangan kewangan dari NNMB kepada kerajaan
British. Walaupun begitu, pada akhir tahun 1920 pentadbiran kewangan British
di NNMB tercabar apabila berlakunya penyusutan lebihan baki kewangan
persekutuan. Krisis bertambah serius apabila kerajaan NNMB tidak mempunyai
baki wang tunai pada akhir tahun 1921. Pengkaji-pengkaji awal lebih bersetuju
faktor pemusatan pentadbiran kewangan oleh kerajaan NNMB antara tahun
1913 hingga 1919 merupakan sebab utama berlakunya krisis kewangan ini.
Bertentangan dengan itu, bukti yang diperoleh daripada rekod kewangan dan
pentadbiran NNMB, Prosiding MMP, Laporan Suruhanjaya Penghematan,
CO 717 dan FCO 141 membuktikan berlakunya pertumbuhan lebihan baki
kewangan sebelum tahun 1920. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, objektif
artikel ini ialah menilai semula faktor krisis kewangan NNMB. Hasil kajian
membuktikan bahawa, pemusatan pentadbiran kewangan bukanlah faktor
sebenar yang menyebabkan krisis kewangan NNMB. Terdapat bukti kukuh yang
menunjukkan faktor kegagalan Laurence N. Guillemard selaku Pesuruhjaya
Tinggi British memahami akaun kerajaan NNMB menyebabkan krisis kewangan.
关键词:economic history; British administration; imperial economy; Malay
States