首页    期刊浏览 2024年09月04日 星期三
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Pengaruh Kefahaman dan Penerimaan Rakyat Malaysia Terhadap Perjuangan Ideologi Daesh
  • 本地全文:下载
  • 作者:Che Mohd Aziz Yaacob ; Kamarulnizam Abdullah ; Mohd Sofian Omar Fauzee
  • 期刊名称:Kajian Malaysia
  • 印刷版ISSN:0127-4082
  • 电子版ISSN:2180-4273
  • 出版年度:2019
  • 卷号:37
  • 期号:2
  • 页码:121-145
  • 出版社:Universiti Sains Malaysia
  • 摘要:Pengembangan ideologi kumpulan Daesh yang disebarkan melalui media sosial merupakan satu fenomena yang menarik dalam menganalisis radikalisme dan terorisme global masa kini. Daesh telah menggunakan pendekatan keganasan seperti pengeboman berani mati, serta penyembelihan dan pembakaran tangkapan bagi mencapai objektif politik perjuangan mereka. Ideologi kumpulan ini yang bersandarkan kepada Salafi dengan pengaruh kuat idea Wahabbi telah berkembang dari Asia Barat sehingga ke Asia Tenggara termasuk Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sikap dan pendirian rakyat Malaysia yang beragama Islam terhadap perjuangan politik Daesh. Kajian menggunakan metode gabungan kuantitatif dan kualitatif yang dijalankan melalui pendekatan soal selidik dan focus group discussion (FGD). Sebanyak 5,232 responden dipilih secara rawak mewakili tiga sektor, iaitu keselamatan, pendidikan dan orang awam. Setiap data yang dikutip dibahagikan kepada zon utara, tengah, selatan, timur, Sabah dan Sarawak. Daripada jumlah tersebut, hanya 60 responden terpilih untuk menyertai FGD. Tahap kefahaman terhadap Daesh menunjukkan hanya 79.2% sahaja rakyat Malaysia yang berjaya menjawab empat daripada sembilan soalan dengan betul. Kajian ini mendapati 90.8% rakyat Malaysia menolak, manakala 9.2% lagi menerima ideologi politik Daesh. Penolakan dan penerimaan rakyat Malaysia dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti latar belakang keluarga dan pendidikan, permasalahan peribadi dan akses ke media alternatif. Walaupun peratus penolakan terhadap Daesh dilihat besar, penglibatan responden daripada dua sektor utama negara (keselamatan dan pendidikan) merupakan satu perkara yang agak membimbangkan.
  • 关键词:Daesh ideology; terrorism; attitude; perception; Malaysians
国家哲学社会科学文献中心版权所有