首页    期刊浏览 2024年09月19日 星期四
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Amalan Pedagogi Jurulatih Utama Bahasa Arab Dalam Pengajaran Kosa Kata Peringkat Sekolah Kebangsaan Di Negeri Melaka
  • 本地全文:下载
  • 作者:Azrul Abu Aman ; Harun Baharudin
  • 期刊名称:Global Journal Al-Thaqafah
  • 印刷版ISSN:2232-0474
  • 电子版ISSN:2232-0482
  • 出版年度:2019
  • 卷号:Special Issue (MAY)
  • 页码:15-28
  • 出版社:Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah
  • 摘要:Penguasaan Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan guru adalah penting dalam memastikan amalan pengajaran khususnya aspek kosa kata memberi impak positif terhadap kemampuan murid berbahasa. Kajian ini bertujuan meneroka amalan pengajaran kosa kata bahasa Arab dalam kalangan jurulatih utama di negeri Melaka. Pendekatan kualitatif digunakan dengan reka bentuk kajian kes pelbagai tempat. Peserta kajian ialah empat orang guru daripada empat buah sekolah di negeri Melaka. Peserta dipilih secara persampelan bertujuan. Kriteria peserta kajian ialah jurulatih utama negeri Melaka, mendapat pendedahan daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) berkaitan sukatan dan menyebarkannya di peringkat negeri, serta aktif dalam aktiviti ko-akademik peringkat negeri atau kebangsaan. Data kajian diperoleh melalui pemerhatian dan temu bual mendalam. Pentafsiran, penelitian dan rumusan data dilaksanakan dengan menganalisis, pengekodan, saringan, perbandingan dan pengkategorian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan pengajaran kosa kata Arab yang dilaksanakan oleh guru ialah Strategi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdP) berpusatkan guru, strategi PdP berpusatkan murid, penekanan kepada kemahiran bahasa, dan pengetahuan pedagogi isi kandungan. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa guru perlu melaksanakan pelbagai kaedah pengajaran kosa kata dan menguasai pengetahuan pedagogi isi kandungan. Dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada para guru dalam melaksanakan amalan terbaik pengajaran kosa kata dan menambahbaik kualiti PdP bahasa Arab.
  • 关键词:Vocabulary Teaching; Arabic Vocabulary; Pedagogical Teaching Practice; Pedagogical Content Knowledge;
国家哲学社会科学文献中心版权所有