首页    期刊浏览 2024年12月03日 星期二
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Perhubungan antara Adversity Quotient (AQ) dengan Pencapaian Akademik Pelajar
  • 本地全文:下载
  • 作者:Ahmad Zamri Khairani
  • 期刊名称:Global Journal Al-Thaqafah
  • 印刷版ISSN:2232-0474
  • 电子版ISSN:2232-0482
  • 出版年度:2019
  • 卷号:Special Issue (MAY)
  • 页码:63-78
  • 出版社:Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah
  • 摘要:Adversity Quotient atau AQ merupakan pengukuran terhadap kecerdasan menghadapi cabaran bagi seseorang individu. Perhubungan AQ dengan prestasi akademik pelajar yang tidak konsisten pada kajian lepas menimbulkan persoalan tentang peranan AQ sebagai pemangkin kepada bakal pelajar aliran teknikal dalam mengharungi cabaran Revolusi Perindustrian 4.0 (4IR). Oleh itu, artikel ini bertujuan mengkaji perhubungan AQ dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar. Kajian dijalankan dengan menggunakan reka bentuk tinjauan secara kuantitatif. Seramai 1,845 orang pelajar politeknik dari lima buah politeknik telah dipilih sebagai responden kajian menggunakan teknik persampelan berkelompok pelbagai tahap berstrata berkadaran. Instrumen Kecerdasan Menghadapi Cabaran (IKBAR) digunakan untuk mengukur AQ melalui empat konstruk iaitu kawalan, kepunyaan, jangkauan dan ketahanan. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan ujian deskriptif dan statistik inferensi untuk korelasi Pearson. Dapatan menunjukkan tahap AQ yang tinggi bagi kesemua konstruk selain mendapati wujud perhubungan positif yang sangat lemah dan signifikan bagi skor kesemua konstruk AQ dengan pencapaian akademik. Hasil kajian memberi implikasi terhadap teori melalui keperluan untuk mendefinisikan semula aspek pencapaian pelajar yang seharusnya tidak bertumpu kepada pencapaian akademik sahaja, tetapi diperluaskan kepada pencapaian lain dalam kehidupan mereka. Selain itu, pihak berkepentingan juga boleh mengambil inisiatif terhadap usaha menyediakan pelan strategik dalam memperkasakan daya tahan bagi pelajar politeknik yang bakal menerajui kejayaan perindustrian negara.
  • 关键词:Adversity Quotient (AQ); Academic performance; Polytechnic; Rasch model
国家哲学社会科学文献中心版权所有