摘要:Persekitaran keluarga yang berubah kesan
pengaruh globalisasi dan kemajuan teknologi
memberi cabaran kepada perkembangan diri
remaja. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
sebagai salah satu agensi utama pemulihan
kanak-kanak banyak menerima rujukan daripada
ibu bapa yang berhadapan masalah tidak
terkawal setelah keluarga tidak lagi mampu
menangani masalah anak mereka. Justeru,
objektif kajian kualitatif dengan pendekatan
kajian kes ini adalah bagi meninjau elemen
kefungsian keluarga remaja perempuan tidak
terkawal. Pemilihan informan dibuat secara
bertujuan yang telah dirujuk ke JKM kerana
pelbagai masalah tingkah laku. Informan adalah
remaja perempuan tidak terkawal, tinggal
bersama-sama keluarga dan berumur antara
13 hingga 18 tahun. Hasil kajian menunjukkan
terdapat dua ciri ketidakfungsian keluarga
remaja perempuan tidak terkawal iaitu (i)
komunikasi keluarga tidak berkesan; dan
(ii) kekurangan perhatian dan kasih sayang.
Analisis kajian adalah dibuat secara manual
dengan menggunakan kaedah thematic analysis.
Kesimpulannya, hasil penerokaan mendapati
elemen-elemen kefungsian keluarga adalah
saling berkaitan dengan faktor risiko remaja
perempuan menjadi tidak terkawal. Kajian
turut menunjukkan remaja perempuan kini
berhadapan dengan cabaran besar apabila
mempunyai keluarga yang tidak berfungsi.
Oleh yang demikian peranan pekerja sosial
menjadi sangat kritikal bagi membantu remaja
perempuan ke arah yang positif serta berupaya
menangani masalah mereka sehingga dapat
hidup dengan lebih sejahtera.
关键词:Family dysfunction; teenage
girls; beyond;controlled behaviour; family
communication; love