标题:Leksikal Qāla [ قال ] dalam Dialog Naratif al-Quran: Penelitian Makna Komunikatif Terjemahan Melayu Lexical Qāla [ قال ] in Qur’anic Narrative Dialogues: An Analysis of Communicative Meaning in Malay Translation
期刊名称:KEMANUSIAAN : The Asian Journal of Humanities
印刷版ISSN:1394-9330
电子版ISSN:1985-8353
出版年度:2019
卷号:26
期号:1
页码:1-37
出版社:Universiti Sains Malaysia Press
摘要:Terjemahan merupakan wahana komunikasi yang melibatkan silang budaya dan
penyampaian makna. Dalam proses penterjemahan, dua bahasa atau lebih digandingkan
untuk mencapai satu makna yang disepakati. Makna yang betul sahaja secara relatifnya
tidak menjamin komunikasi yang lancar dalam interaksi, khususnya dialog. Oleh itu,
kajian ini memfokus pada terjemahan leksikal qāla [قال [dalam dialog al-Quran yang
sering diterjemahkan sebagai “berkata”, “berfirman” dan “bersabda”. Kerangka teori
terjemahan semantik dan teori terjemahan komunikatif oleh Newmark dan makna konteks
dijadikan landasan kajian memandangkan al-Quran adalah sumber berwibawa yang sesuai
dengan teori yang disebutkan. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti dan menilai
terjemahan leksikal qāla dan derivasinya dalam al-Quran. Berdasarkan data yang dikutip
daripada surah al-Kahf, analisis deskriptif terhadap dialog yang mengandungi 10 leksikal
qāla menunjukkan terjemahan cenderung menterjemahkan leksikal qāla sebagai “berkata”
dengan jumlah 48.2 peratus dan selebihnya menggunakan padanan daripada pelbagai
variasi seperti “ujar”, “berfirman” dan “berdoa”. Analisis kontrastif dan penilaian terhadap terjemahan naratif dialog pula mendapati masih ada ruang untuk memantapkan terjemahan
leksikal ini berdasarkan Teori Terjemahan Komunikatif agar dialog dalam al-Quran dapat
dipersembahkan dalam naratif yang lebih menarik dan berkesan.