首页    期刊浏览 2024年10月05日 星期六
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Faktor Penyumbang kepada Tekanan Perumahan di Kawasan Perumahan Kos Rendah dan Sederhana Rendah di Pulau Pinang Factors Contributing to Housing Stress in Low and Low-Medium Cost Housing in Pulau Pinang
  • 本地全文:下载
  • 作者:Nooriah Yusof
  • 期刊名称:KEMANUSIAAN : The Asian Journal of Humanities
  • 印刷版ISSN:1394-9330
  • 电子版ISSN:1985-8353
  • 出版年度:2019
  • 卷号:26
  • 期号:1
  • 页码:1-29
  • 出版社:Universiti Sains Malaysia Press
  • 摘要:Rumah sebagai tempat kediaman memainkan peranan penting dalam pembangunan lestari ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup penduduk. Isu perumahan khususnya perumahan kos rendah dan sederhana rendah dalam bandar daripada segi penawaran-permintaan, kenaikan harga rumah dan kualiti perumahan serta tekanan perumahan telah menunjukkan bahawa perumahan merupakan satu isu kritikal yang perlu diberikan perhatian. Tekanan perumahan atau housing stress lazimnya merujuk kepada kekangan kewangan sebagai penyebab kepada ketidakmampuan pemilikan rumah dan mengurus kos perbelanjaan perumahan. Namun, didapati bebanan kewangan sematamata bukan merupakan faktor yang menyumbang kepada tekanan perumahan, sebaliknya terdapat faktor-faktor lain yang berkaitan dengan perumahan yang juga boleh membawa kepada tekanan perumahan. Tekanan perumahan terdiri daripada dua jenis, iaitu tekanan fizikal dan tekanan emosi yang boleh memberi kesan negatif terhadap kehidupan penghuni. Makalah ini membincangkan persepsi responden kajian terhadap faktor-faktor yang menyumbang kepada tekanan perumahan. Perbincangan dibuat berdasarkan hasil kajian empirikal yang telah dijalankan melalui edaran borang soal selidik kepada 400 penghuni perumahan kos rendah dan sederhana rendah dalam bandar di Pulau Pinang. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor kualiti perumahan dan kualiti persekitaran kawasan perumahan sebenarnya lebih banyak menyumbang kepada tekanan perumahan berbanding faktor ekonomi walaupun majoriti responden memperuntukkan lebih daripada 30 peratus pendapatan untuk kos perumahan.
  • 关键词:housing stress; low and low;medium cost housing; well;being; urban areas; Pulau Pinang
国家哲学社会科学文献中心版权所有