首页    期刊浏览 2024年11月07日 星期四
登录注册

文章基本信息

  • 标题:PENDIDIKAN TEKNOLOGI MULTIDISIPLIN: MENGENALI SEL FUEL DENGAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN
  • 本地全文:下载
  • 作者:Umi Azmah Hasran ; Nur Fadhilah Abdul Jalil ; Rosseni Din
  • 期刊名称:ASEAN Journal of Teaching & Learning in Higher Education
  • 电子版ISSN:1985-5826
  • 出版年度:2019
  • 卷号:11
  • 期号:2
  • 页码:36-54
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Penguasaan pemahaman dan pengetahuan dalam bidang pendidikan teknologi multidisiplin kini telah menjadi tumpuan utama terutamanya bagi pelajar-pelajar di Malaysia. Pembelajaran berasaskan permainan dijangka berpotensi tinggi untuk memudahkan penerimaan pendidikan teknologi multidisiplin di sekolah-sekolah. Kajian ini membincangkan keperluan mendesak untuk pencapaian pelajar dalam mata pelajaran multidisiplin dengan memberi fokus kepada sel fuel, iaitu sebuah teknologi bersih berbentuk multidisiplin yang menjanjikan pelepasan sifar gas rumah hijau yang menjadi sasaran Malaysia. Memahami topik sel fuel di peringkat sekolah dipercayai dapat meningkatkan penerimaan orang ramai dalam mewujudkan ekonomi masa depan, modal insan yang diperlukan dalam sektor teknologi multidisiplin, dan kesedaran masyarakat terhadap alam sekitar. Walaubagaimanapun, modul pembelajaran sel fuel masih belum dibangunkan dengan sistematik dan tersusun di Malaysia. Oleh itu, satu tinjauan ke atas responden yang terdiri daripada 120 pelajar berusia 14 tahun dari tiga buah sekolah menengah terpilih di Selangor telah dijalankan. Keputusan tinjauan menunjukkan bahawa responden kurang pengetahuan asas tetapi mempunyai penerimaan yang baik dan minat tinggi untuk menggunakan aplikasi permainan mudah alih sebagai alat dalam pendekatan pembelajaran berasaskan permainan untuk memahami tentang sel fuel dan teknologi karbon rendah..
  • 其他摘要:Penguasaan pemahaman dan pengetahuan dalam bidang pendidikan teknologi multidisiplin kini telah menjadi tumpuan utama terutamanya bagi pelajar-pelajar di Malaysia. Pembelajaran berasaskan permainan dijangka berpotensi tinggi untuk memudahkan penerimaan pendidikan teknologi multidisiplin di sekolah-sekolah. Kajian ini membincangkan keperluan mendesak untuk pencapaian pelajar dalam mata pelajaran multidisiplin dengan memberi fokus kepada sel fuel, iaitu sebuah teknologi bersih berbentuk multidisiplin yang menjanjikan pelepasan sifar gas rumah hijau yang menjadi sasaran Malaysia. Memahami topik sel fuel di peringkat sekolah dipercayai dapat meningkatkan penerimaan orang ramai dalam mewujudkan ekonomi masa depan, modal insan yang diperlukan dalam sektor teknologi multidisiplin, dan kesedaran masyarakat terhadap alam sekitar. Walaubagaimanapun, modul pembelajaran sel fuel masih belum dibangunkan dengan sistematik dan tersusun di Malaysia. Oleh itu, satu tinjauan ke atas responden yang terdiri daripada 120 pelajar berusia 14 tahun dari tiga buah sekolah menengah terpilih di Selangor telah dijalankan. Keputusan tinjauan menunjukkan bahawa responden kurang pengetahuan asas tetapi mempunyai penerimaan yang baik dan minat tinggi untuk menggunakan aplikasi permainan mudah alih sebagai alat dalam pendekatan pembelajaran berasaskan permainan untuk memahami tentang sel fuel dan teknologi karbon rendah.
  • 关键词:Aplikasi mudah alih;Pendidikan sel fuel;Permainan digital;STEM;Tenaga hidrogen
国家哲学社会科学文献中心版权所有