期刊名称:KEMANUSIAAN : The Asian Journal of Humanities
印刷版ISSN:1394-9330
电子版ISSN:1985-8353
出版年度:2010
卷号:17
出版社:Universiti Sains Malaysia Press
摘要:Masyarakat awam harus dilibatkan secara langsung dalam setiap proses pembangunan yang dirancang dan dijalankan di kawasan mereka dalam usaha mencapai pembangunan mampan. Di peringkat kebangsaan, isu penyertaan awam dalam konteks persekitaran termaktub dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976. Justeru, sebagai sebahagian masyarakat negara ini, golongan peribumi seperti masyarakat Mah Meri di Pulau Carey seharusnya diberi peluang dan ruang serta dibenarkan terlibat sama dalam proses perancangan, perlaksanaan, penilaian dasar dan projek/program yang akan memberi kesan terhadap kehidupan mereka. Penglibatan dan kerjasama masyarakat peribumi dalam isu yang membabitkan persekitaran seperti hutan dalam kajian ini sangat penting kerana sebagai pihak yang berkepentingan yang mendiami kawasan tersebut, mereka biasanya mahir dan amat memahami keadaan persekitaran setempat di tempat yang mereka tinggal, justeru secara tidak langsung mereka dapat memberi dan menyumbang maklumat asas yang berguna bagi mengelak timbulnya masalah persekitaran yang lebih serius kesan daripada pembangunan yang dijalankan. Hal ini sangat penting diberi penekanan yang sewajarnya kerana, masyarakat awam merupakan benteng terakhir yang berupaya menyelamatkan proses kemusnahan alam sekitar dan sumber aslinya. Walau bagaimanapun, hasil kajian menunjukkan tahap penyertaan dan penglibatan penduduk setempat iaitu suku Mah Meri di Pulau Carey dalam kajian ini terhadap isu-isu persekitaran masih lagi minimum disebabkan kurangnya pengetahuan, pemahaman dan keterdedahan terhadap isu berkenaan.
关键词:Mah Meri; pembangunan mampan; alam sekitar; penglibatan ;masyarakat peribumi