首页    期刊浏览 2024年10月05日 星期六
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Pelaburan Langsung Asing dan Pembangunan Industri Barangan Elektrik dan Elektronik di Negeri Pulau Pinang, 1970–2007
  • 本地全文:下载
  • 作者:Nooriah Yusof
  • 期刊名称:KEMANUSIAAN : The Asian Journal of Humanities
  • 印刷版ISSN:1394-9330
  • 电子版ISSN:1985-8353
  • 出版年度:2011
  • 卷号:18
  • 期号:2
  • 出版社:Universiti Sains Malaysia Press
  • 摘要:Perkembangan sektor perindustrian pembuatan terutamanya sektor Barangan Elektrik dan Elektronik (BEE) telah membawa banyak perubahan kepada struktur ekonomi, pola guna tenaga dan juga pembangunan kawasan di Malaysia. Perkembangan ini banyak dikaitkan dengan kemasukan Pelaburan Langsung Asing (PLA) ke negara ini sejak awal tahun 1970an lagi. Kejayaan industri BEE di Malaysia sejak beberapa dekad ini banyak bergantung pada kelebihan lokasi industri di negara ini untuk menarik pelaburan langsung asing. Walaupun Malaysia mampu melakar perkembangan industri BEE yang baik, namun pergantungan kepada pengeluaran industri BEE untuk eksport dan pelaburan modal asing, telah menyebabkan negara ini turut menerima kesan yang ketara akibat perubahan yang berlaku pada peringkat global. Dominasi asing dalam sektor industri BEE sangat ketara khususnya di Pulau Pinang. Kawasan perindustrian Bayan Lepas, Pulau Pinang yang dikenali pada peringkat global sebagai pengeluar produk elektronik yang terkemuka di Malaysia telah membina reputasi yang tinggi dalam industri tersebut dan telah diintegrasikan dalam Rangkaian Pengeluaran Global. Artikel ini menyusur galur proses perkembangan industri BEE di Malaysia amnya dan Pulau Pinang khususnya rentetan daripada perubahan global industri BEE yang telah membawa kepada aliran masuk PLA ke negeri ini. Walaupun PLA membawa banyak perubahan kepada negeri ini namun pembangunan yang berlaku masih memperlihatkan beberapa kelemahan yang boleh memberi kesan terhadap pembangunan di negeri ini, selain daripada beberapa cabaran yang harus diatasi oleh Pulau Pinang dalam usaha untuk terus menjadi hub yang menarik kepada pelaburan asing di rantau ini.
  • 关键词:industrialisasi; Pelaburan Langsung Asing; industri barangan elektrik dan ;elektronik; rangkaian pengeluaran global; negeri Pulau Pinang
国家哲学社会科学文献中心版权所有