首页    期刊浏览 2025年12月23日 星期二
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Transisi Demografi Dan Cabaran Pembangunan Lestari Di Pulau Tuba, Langkawi
  • 本地全文:下载
  • 作者:Omar, M. ; Yussof, I.
  • 期刊名称:e-BANGI : Journal of Social Sciences and Humanities
  • 电子版ISSN:1823-884X
  • 出版年度:2006
  • 卷号:1
  • 期号:1
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • 摘要:Artikel ini membicarakan tiga perkara berikut: (i) mengenalpasti proses transisi demografi yang sedang berlangsung di Pulau Tuba, Langkawi; (ii) mengesan cabaran-cabaran pembangunan akibat transisi demografi yang berlaku; dan (iii) mengesyorkan langkah-langkah dan strategi pembangunan yang bersesuaian dengan tren perubahan demografi di kawasan kajian. Artikel ini bertujuan menilai impak proses pembangunan Langkawi ke atas perubahan pola kependudukan di Pulau Tuba. Kerangka konseptual ekosistem pulau kecil telah dipilih bagi memandu perbincangan dalam artikel ini. Data yang digunakan dalam penulisan ini diperolehi daripada soalselidik yang dibuat secara banci pada bulan Mei-Jun 2005. Hasil kajian menunjukkan bahawa arus pembangunan ekonomi dan infrastruktur yang berlangsung di pulau besar Langkawi hampir dua dekad lalu telah berjaya mengubah ekosistem pulau tersebut mirip kepada ciri-ciri ekosistem tanah besar atau negeri lain di Malaysia. Namun, hasil analisis menunjukkan bahawa pembangunan ekonomi dan infrastruktur di pulau besar Langkawi ini tidak banyak membawa kesan titisan ke bawah yang mampu dimanafaatkan oleh penduduk di pulau-pulau kecil lain sekelilingnya seperti Pulau Tuba. Kajian ini juga mendapati keadaan ekosistem Pulau Tuba yang mempunyai ciri-ciri jumlah penduduk yang kecil dan kurang padat; modal fizikal, kewangan dan modal manusia yang rendah, dan memiliki jaringan sosial serta ekonomi yang terbatas telah menyebabkan ramai gagal merebut peluang-peluang sedia ada berbanding penduduk di pulau besar Langkawi. Keadaan ini menjadi lebih sukar apabila penduduk dan kepimpinan setempat kekurangan otonomi untuk bebas bertindak membawa pembangunan ekonomi dan sosial di Pulau Tuba tanpa perakuan pihak pentadbiran pusat. Ini menyebabkan penghuni di pulau kecil ini terus menerus terpinggir daripada arus perdana pembangunan.
国家哲学社会科学文献中心版权所有