首页    期刊浏览 2024年10月07日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Dari Halaman Rumah Ke Hadapan Layar: Pola Bermain Dan Fungsinya Kepada Perkembangan Kanak-Kanak
  • 本地全文:下载
  • 作者:Fatimah Abdullah ; S.M. Hoesni N. ; Wan Azreena W. J
  • 期刊名称:e-BANGI : Journal of Social Sciences and Humanities
  • 电子版ISSN:1823-884X
  • 出版年度:2008
  • 卷号:3
  • 期号:1
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • 摘要:Anak adalah aset penting keluarga. Malah mereka turut menjadi aset penting kepada negara kerana akan menerajui negara pada masa akan datang. Justeru, mereka bukan sahaja harus pintar tetapi juga mempunyai kemahiran tertentu. Salah satu cara bagaiamana mereka memperkembangkan kemahiran tersebut ialah melalui aktiviti bermain. Malangnya dalam kehidupan moden kini, pola bermain secara berkumpulan terutamanya di halaman telah berubah kepada permainan individu di hadapan layar televisyen atau komputer di dalam rumah atau bilik berasingan. Amalan sebegini tentunya meninggalkan kesan yang penting kepada perkembangan kanak-kanak. Sehubungan itu, artikel ini cuba menghuraikan isu berkaitan dengan pola bermain sejak dulu hingga kini dan fungsinya kepada perkembangan kanak-kanak. Kajian ini telah dijalankan pada tahun 2007. Persoalan yang cuba diketengahkan ialah kenapa perubahan itu berlaku? Apakah implikasinya perubahan itu ke atas perkembangan dan kesejahteraan kanak-kanak? Bagaimanakah perubahan itu boleh ditangani? Apakah peranan keluarga, komuniti dan negara dalam hal tersebut? Makalah ini didasarkan kepada sumber-sumber sekunder daripada penyelidikan perpustakaan dan dianalisis secara induktif. Dapatan kajian menunjukkan secara umumnya bermain penting untuk perkembangan fizikal, kognitif, sosial dan emosi kanak-kanak. Akan tetapi perubahan dalam bentuk permainan terutamanya yang melibatkan layar video dan komputer memberikan implikasi yang berbeza. Implikasi positif atau negatif bergantung kepada jenis perisian yang digunakan. Permainan layar berbentuk keganasan dikaitkan dengan tingkah laku negatif, manakala yang berbentuk pendidikan memberikan implikasi positif. Oleh itu, orang dewasa berperanan memantau aktiviti bermain kanak-kanak.
  • 关键词:Perkembangan kanak-kanak; zaman kanak-kanak; bermain; keluarga
国家哲学社会科学文献中心版权所有