首页    期刊浏览 2025年12月23日 星期二
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Kesan Ekonomi Pelancongan Terhadap Komuniti Batek Di Kuala Tahan, Pahang
  • 本地全文:下载
  • 作者:Man, Z. ; Zahari, N. F. ; Omar, M
  • 期刊名称:e-BANGI : Journal of Social Sciences and Humanities
  • 电子版ISSN:1823-884X
  • 出版年度:2009
  • 卷号:4
  • 期号:1
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • 摘要:Pelancongan dilihat memainkan peranan penting dalam penjanaan peluang pekerjaan dan pendapatan bagi komuniti Batek yang menetap di sekitar Taman Negara, Pahang. Tulisan ini bertujuan untuk mengupas isu dan cabaran yang dihadapi komuniti Batek kesan daripada perkembangan industri pelancongan di Kuala Tahan, Pahang. Dalam konteks ini, komuniti Batek tidak terkecuali turut menerima limpahan daripada perkembangan industri ini. Penglibatan komuniti Batek dalam ekonomi pelancongan di Taman Negara, Pahang boleh dibahagi kepada dua kategori iaitu sebagai pekerja (pemandu pelancong dan pemandu bot) dan juga sebagai subjek tarikan pelancong itu sendiri (ikon budaya). Golongan wanita terutamanya di Kg. Gua Telinga dan Kg. Dedari juga turut melibatkan diri dalam ekonomi ini sebagai penghasil kraftangan dengan kaum lelaki membantu memasarkan hasil produk tersebut. Walaupun begitu, penglibatan komuniti Batek dalam industri pelancongan ini sama ada sebagai pemandu pelancong dan/atau pemandu bot amat bergantung kepada hubungan baik mereka dengan masyarakat luar, selain mempunyai kemahiran berkomunikasi ketika berhadapan dengan pelancong asing. Pelancongan juga telah meninggalkan beberapa impak tertentu ke atas komuniti Batek. Antaranya termasuklah mengganggu hak privacy individu dan komuniti Batek, hak komuniti dalam mempertahankan keaslian budaya, membataskan kebebasan bergerak mencari sumber kehidupan daripada situasi sebelumnya, meningkatnya ancaman kesihatan dan jangkitan penyakit dari luar, bertambahnya tuntutan kepada penghasilan produk lebih berkualiti untuk tujuan pasaran, dan akhir sekali meningkatnya persaingan dan eksploitasi punca pencarian dengan pihak luar.
  • 关键词:Komuniti Batek; Ekonomi Pelancongan; Taman Negara Kuala Tahan; Penyertaan dan Keterlibatan Komuniti; Isu dan Cabaran
国家哲学社会科学文献中心版权所有