首页    期刊浏览 2025年08月14日 星期四
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Perubahan Budaya Orang Bateq Dalam Situasi Ekopelancongan Di Taman Negara
  • 本地全文:下载
  • 作者:Sahdan, Z. ; Rose, R. A. ; Ahmad, H.
  • 期刊名称:e-BANGI : Journal of Social Sciences and Humanities
  • 电子版ISSN:1823-884X
  • 出版年度:2009
  • 卷号:4
  • 期号:1
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • 摘要:Penglibatan etnik peribumi dalam industri pelancongan adalah penting. Keunikan budaya mereka telah menjadi tarikan pelancong untuk mengunjungi Malaysia seterusnya menyumbang kepada peningkatan ekonomi. Namun, kemasukan pelancong mempengaruhi etnik peribumi dalam mengubah budaya dan cara hidupnya. Artikel ini menyelidiki perubahan budaya orang Bateq yang terlibat dalam ekopelancongan di Taman Negara berdasarkan teori difusi. Kajian ini dijalankan pada bulan Febuari 2009. Aspek kajian memfokus kepada aspek budaya seperti bahasa, pakaian, pemakanan dan kraf tangan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang menjadikan temu bual dan analisis dokumen sebagai instrumen utama. Transkrip temu bual dianalisis dengan menggunakan perisian Nvivo. Perisian ini membolehkan tema diwujudkan berdasarkan persoalan kajian untuk memudahkan proses analisis dan seterusnya mencapai objektif kajian. Kesahan dan kebolehpercayaan kajian ini telah dibuktikan dan disahkan oleh Triangulasi data. Triangulasi dilakukan dengan membandingkan setiap maklumat dari analisis dokumen, temu bual terhadap peserta kajian dan informan tambahan serta pemerhatian berdasarkan soalan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa daripada empat aspek budaya yang dikaji, hanya satu aspek budaya yang mengalami perubahan iaitu pakaian. Pakaian orang Bateq telah berubah serta-merta tanpa pengekalan budaya tradisional. Ini berbeza dengan aspek pemakanan yang hanya berubah sebahagiannya dan masih bercampur dengan budaya asal. Sebaliknya, tiada sebarang perubahan dalam aspek bahasa dan kraftangan tradisional orang Bateq. Hal ini menunjukkan bahawa tahap ketahanan budaya orang Bateq adalah tinggi jika dibandingkan dengan sejarah latar belakang penglibatan mereka dalam ekopelancongan.
  • 关键词:Orang Bateq; Ekopelancongan; Perubahan Budaya; Difusi; Taman Negara Malaysia
国家哲学社会科学文献中心版权所有