首页    期刊浏览 2024年10月06日 星期日
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Kandungan Logam Berat Dalam Persekitaran Tanih Dan Dillenia Suffruticosa Di Kawasan Lombong Pelepah Kanan, Kota Tinggi Johor.
  • 本地全文:下载
  • 作者:Sahibin Abd. Rahim ; Wan Mohd. Razi Idris ; Zulfahmi Ali Rahman
  • 期刊名称:e-BANGI : Journal of Social Sciences and Humanities
  • 电子版ISSN:1823-884X
  • 出版年度:2011
  • 卷号:6
  • 期号:1
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • 摘要:Kajian ini dijalankan di kawasan lombong besi Pelepah Kanan di Kota Tinggi, Johor. Tiga bahagian tumbuhan (daun, batang dan akar) Dillenia suffruticosa serta substrat tanih yang menyokong pertumbuhannya dikumpulkan dari kawasan tanih lombong. Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan kandungan logam berat dalam tanih dan tumbuhan Dillenia suffruticosa. Sebanyak 14 sampel tanih dan tumbuhan Dillenia suffruticosa dikumpul untuk dianalisis. Kandungan logam berat jumlah dalam tanih diekstrak dengan asid nitrik dan asid perklorik dalam nisbah 3:1 manakala kandungan logam berat tersedia dalam tanih diekstrak dengan larutan ammonium asetat-asid asetik. Kandungan logam berat dalam tumbuhan pula diekstrak melalui kaedah penghadaman basah. Kandungan logam berat di dalam larutan hasilan ekstrak tanih dan tumbuhan ditentukan dengan Spektrofotometer Penyerapan Atom Nyalaan (Perkin Elmer Model 3300). Hasil kajian menunjukkan bahawa Fe mencatatkan kepekatan purata jumlah yang tertinggi di dalam tanih diikuti oleh Mn, Sn, Co, Cu, Pb, Zn, Ni, Cd dan Cr. Kepekatan purata logam berat tersedia dalam susunan menurun adalah serupa dengan purata kepekatan jumlah. Logam berat yang banyak diambil oleh tumbuhan berdasarkan BACnya adalah Ni, Mn, Cr, Sn, Zn dan Cu. Didapati tumbuhan Dillenia suffruticosa ini sesuai sebagai agen fitoremidiasi untuk logam-logam ini.
  • 关键词:Logam berat; tanih lombong; Kota Tinggi; koefisien pengumpulan biologi; Dillenia ;Suffruticosa
国家哲学社会科学文献中心版权所有