期刊名称:e-BANGI : Journal of Social Sciences and Humanities
电子版ISSN:1823-884X
出版年度:2011
卷号:6
期号:2
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
摘要:Pembangunan perindustrian di Indonesia pada era autonomi daerah harus dapat menjawab segala tentangan globalisasi ekonomi dunia dan mampu menjangkakan perkembangan perubahan persekitaran. Makalah ini bertujuan menganalisis impak pembangunan perindustrian terhadap pembangunan ekonomi lokal pada era autonomi daerah Riau, Indonesia. Kajian lapangan dijalankan untuk mendapatkan pendapat pakar dari key informant di Dumai serta Pekan Baru di Riau, Indonesia. Pembangunan perindustrian mempunyai impak positif dan negatif. Pembangunan perindustrian pada era autonomi daerah lebih mementingkan aspek pertumbuhan ekonomi dan pembangunan fizikal manakala kualiti persekitaran tergugat. Justeru, pembangunan perindustrian mesti mengambilkira kepentingan persekitaran untuk kepentingan generasi hadapan. Kemorosotan kualiti persekitaran memberi impak terhadap kemorosotan kualiti hidup penduduk tempatan dan kualiti persekitaran. Oleh hal sedemikian, langkah-langkah perlu dilaksanakan demi memelihara kesejahteraan dan keselamatan generasi masa akan datang.
关键词:Pembangunan perindustrian; ekonomi lokal;kualiti persekitaran; kesejahteraan dan ;keselamatan