首页    期刊浏览 2024年09月15日 星期日
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Emosi Dan Punca Anak Wanita Hiv/Aids Berada di Rumah Perlindungan.
  • 本地全文:下载
  • 作者:Aishah@Eshah Haji Mohamed ; Fatimah Yusoff ; A. A. Bidin
  • 期刊名称:e-BANGI : Journal of Social Sciences and Humanities
  • 电子版ISSN:1823-884X
  • 出版年度:2011
  • 卷号:6
  • 期号:2
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • 摘要:Anak kepada wanita HIV/AIDS distigma, didiskriminasi, disisihkan dan dilayan secara negatif oleh keluarga dan masyarakat. Jarang ada ahli keluarga yang mahu membela mereka.Wanita HIV selalunya terpaksa menghantar anak ke rumah perlindungan sebelum penyakit mereka meningkat ke tahap AIDS dan tak berupaya untuk menjaga anak sendiri. Rumah perlindungan difikirkan sebagai tempat yang paling sesuai apabila tidak ada ahli keluarga yang ingin menjaga anak mereka terutama yang HIV. Artikel ini mempunyai dua tujuan utama. Pertama, mengenalpasti alasan kanak-kanak HIV/AIDS berada di rumah perlindungan. Kedua, menyelami perasaan mereka setelah berada di rumah perlindungan. Perbincangan ini diasaskan kepada data yang didapati daripada temu bual mendalam dengan 12 orang kanak-kanak HIV/AIDS yang ditempatkan di dua rumah perlindungan di Kuala Lumpur, iaitu PERNIM (tujuh orang) dan Rumah Solehah (lima orang), yang dilakukan dalam tahun 2009 hingga 2010. Terdapat empat penyebab yang menyebabkan responden ditempatkan di PERNIM dan Rumah Solehah, iaitu (a) dihantar oleh ahli keluarga, (b) ditinggalkan di hospital oleh keluarga, (c) dibuang di tempat awam dan (d) ditemui oleh pekerja Jabatan Kebajikan Masyarakat terbiar di jalanan. Tanpa keluarga di sisi, kanak-kanak ini merasa sedih, ragu-ragu, takut,bimbang dan marah. Mereka tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa dan keluarga sendiri seperti kanak-kanak lain. Namun begitu, mereka merasa gembira, bersyukur dan berterima kasih kerana masih ada orang yang sudi menjaga, merawat, mendidik, memberi makan dan memberi perlindungan kepada mereka. Di rumah perlindungan mereka dapat merasa kehidupan berkeluarga dan disayangi walaupun bukan daripada darah daging sendiri.
  • 关键词:Kanak-kanak HIV AIDS; rumah perlindungan; emosi; keluarga dan gembira
国家哲学社会科学文献中心版权所有