首页    期刊浏览 2024年10月06日 星期日
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Kandungan Karbon Organik Dan Stok Karbon Dalam Tanih Gambut, Persekitaran Pertanian Kelapa Sawit, Kuala Langat Selatan, Selangor.
  • 本地全文:下载
  • 作者:Sahibin Abd. Rahim ; Zulfahmi Ali Rahman ; Mohd Nizam Mohd Said
  • 期刊名称:e-BANGI : Journal of Social Sciences and Humanities
  • 电子版ISSN:1823-884X
  • 出版年度:2011
  • 卷号:6
  • 期号:2
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • 摘要:Kajian telah dijalankan untuk menentukan kandungan karbon dan stok karbon dalam tanih gambut di kawasan penanaman kelapa sawit di Kampung Tumbuk Darat, Kuala Langat Selatan, Selangor. Sampel tanih gambut telah diambil berdasarkan persampelan dalam plot satu hektar yang telah dibahagikan kepada 16 subplot bersaiz 25x25m. Kajian telah dilakukan pada 20hb Disember 2008. Persampelan telah dilakukan di semua subplot mengikut kedalaman hingga ke tanih mineral. Kandungan karbon organik tanih ditentukan berdasarkan Kaedah Walkley & Black. Penentuan pH dalam tanih: air suling dan pH dalam tanih: KCl dijalankan berdasarkan nisbah 1:2.5 bagi tanih dan air. Kekonduksian elektrik ditentukan di dalam hasil ekstrak gipsum tepu. Kandungan asid humik dan asid fulvik ditentukan dengan kaedah pengasingan molekul asas. Purata nilai kekonduksian elektrik adalah dari 2.50 mScm-1 hingga 2.78 mScm-1. Nilai kekonduksian elektrik meningkat mengikut kedalaman. Purata nilai pH:air suling dan pH:KCl adalah masing-masing dari 3.36 hingga 3.59 dan 2.91 hingga 3.09. Purata nilai pH dalam KCl meningkat sedikit mengikut kedalaman. Purata kandungan karbon organik di dalam tanih berjulat dari 38.25% hingga 42.49%, dengan kandungannya berkurang mengikut kedalaman. Bagi asid humik dan asid fulvik, purata kandungannya masing-masing adalah dari 3.29 hingga 4.24% dan dari 1.10 hingga 2.61%. Purata kandungan kedua-dua jenis asid organik ini berkurangan mengikut kedalaman. Berat tanih yang dikira dalam satu hektar pada kedalaman 80 cm dan mempunyai ketumpatan pukal 0.26 g/cm3 adalah 2080 tan/ha, manakala stok karbonnya adalah 872.72 tan/ha.
  • 关键词:Asid humik; asid fulvik; karbon organik; Kuala Langat Selatan; Stok karbon; tanih gambut
国家哲学社会科学文献中心版权所有