首页    期刊浏览 2024年09月19日 星期四
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Persepsi Penerima Sensitif Ke Atas Pencemaran Bau Dari Tapak Pelupusan Secara Terbuka..
  • 本地全文:下载
  • 作者:S. Zaini. ; S. M. S. Abdullah. ; O. Jaafar.
  • 期刊名称:e-BANGI : Journal of Social Sciences and Humanities
  • 电子版ISSN:1823-884X
  • 出版年度:2012
  • 卷号:7
  • 期号:1
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • 摘要:Pencemaran daripada tapak pelupusan merupakan isu alam sekitar yang amat sinonim dengan kualiti persekitaran fizikal dan manusia. Antara isu yang begitu relevan dengan pencemaran ini ialah ketidakseimbangan kualiti udara, pencemaran air bawah tanah oleh air kurasan, pencemaran tanih oleh logam berat dan pencemaran bau. Penjanaan bau yang terhasil daripada gas yang dilepaskan melalui proses semula jadi dan sifat sisa buangan itu sendiri telah meninggalkan pelbagai masalah seperti ketidakselesaan, kacau-ganggu, kesejahteraan dan kesihatan kepada penduduk setempat. Bagi mengesan kualiti pencemaran bau yang dijana daripada tapak pelupusan ini, pendekatan semula jadi berdasarkan deria manusia melalui satu kajian persepsi penduduk telah dilakukan pada 2010. Pensampelan secara rawak digunakan ke atas 100 penerima sensitif yang tinggal dalam lingkungan 5 km dari tapak pelupusan Pajam. Analisis secara deskriptif dilakukan bagi melihat persepsi responden ke atas pencemaran bau. Kajian ini juga meneliti faktor setempat lain yang turut mempengaruhi status kualiti bau dari tapak pelupusan tersebut. Seterusnya beberapa indikator seperti demografi penduduk setempat, taraf kesihatan, jarak dan lokasi tempat tinggal digunakan untuk melihat perbezaan kualiti bau tersebut. Akhirnya beberapa cadangan penambahbaikan bagi mengurangkan pencemaran bau turut dibincangkan bagi persekitaran lestari dan kualiti hidup yang baik.
国家哲学社会科学文献中心版权所有