首页    期刊浏览 2024年12月01日 星期日
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Pengurusan sedimen terhadap sumber air bersepadu: satu kajian kes di.
  • 本地全文:下载
  • 作者:Toriman M. E. ; M. K. A. Kamarudin. ; N. A. Aziz, H. M. Din.
  • 期刊名称:e-BANGI : Journal of Social Sciences and Humanities
  • 电子版ISSN:1823-884X
  • 出版年度:2012
  • 卷号:7
  • 期号:1
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • 摘要:Proses pengangkutan sedimen penting bagi pengukuran terhadap pelbagai aspek di dalam sesuatu aliran, termasuklah terhadap pengurusan sumber air bersepadu. Kajian analisis pengangkutan sedimen dan pengurusan sumber air bersepadu telah dijalankan di Sungai Chini, Pekan, Pahang pada 16/8/08 (musim normal) dan 4/12/08 (musim hujan). Satu-satunya aliran yang mengalir keluar dari Tasik Chini ke Sungai Pahang adalah Sungai Chini. Masalah sedimentasi yang berlaku di kawasan Sungai Chini memberi kesan yang besar terhadap penggunaan dan pengurusan sumber air di sekitar Tasik Chini. Jumlah sedimen yang banyak mendatangkan kesan terhadap penggunaan air masyarakat setempat, aktiviti rekreasi bagi tujuan pelancongan, pemendapan sedimen yang akhirnya menyebabkan sungai menjadi cetek dan berlakunya banjir. Kajian ini dijalankan bagi menganggar penghasilan muatan sedimen terampai di kawasan tadahan dan kesannya terhadap sumber air di sekitar Tasik Chini. Sebanyak tiga stesen persampelan telah dipilih, iaitu di Hulu Sungai Chini (S1), Tengah Sungai Chini (S2) dan Hilir Sungai Chini (S3). Bagi tujuan kajian ini, tiga parameter telah diukur, iaitu keratan rentas sungai, kepekatan sedimen terampai (mg/L) dan luahan sungai (dalam m3/s). Keputusan kajian yang diperolehi menunjukkan nilai luahan harian dianggarkan 136,656,000 L/hari pada musim normal dan 340,057,600 L/hari pada musim hujan. Purata konsentrasi sedimen terampai yang direkodkan bagi setiap stesen menunjukkan nilai berbeza bagi ke dua-dua jangka waktu, iaitu 40.8 mg/L pada musim normal dan 78 mg/L pada musim hujan. Nilai purata bagi ke semua stesen ini apabila ditukarkan kepada penghasilan muatan sedimen terampai per hari ialah di antara 318.329 tan/hari pada musim normal dan 3,192.155 tan/hari pada musim hujan. Secara keseluruhannya, angka ini jika ditakrifkan kepada setiap kilometer persegi menunjukkan anggaran purata sedimen yang diangkut keluar dari Tasik Chini ialah 1,755.242 tan/km²/tahun. Input daripada analisis ini penting dalam pengurusan sungai dan sumber air bersepadu khususnya dalam konteks sumber air bagi kegunaan tempatan, ekopelancongan, biodiversiti sungai, hidrologi dan hidraulik saliran.
国家哲学社会科学文献中心版权所有