首页    期刊浏览 2024年09月16日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Hamil luar nikah dalam kalangan remaja.
  • 本地全文:下载
  • 作者:Alavi. K. ; S. Nen. ; F. Ibrahim
  • 期刊名称:e-BANGI : Journal of Social Sciences and Humanities
  • 电子版ISSN:1823-884X
  • 出版年度:2012
  • 卷号:7
  • 期号:1
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • 摘要:Keluarga merupakan pelindung utama dalam membina pembentukan sahsiah dan kesejahteraan psikologi dalam kalangan remaja. Remaja yang bertingkah laku negatif menunjukkan tidak ada perhubungan baik dengan keluarga. Ibu bapa kurang memberikan didikan rohani dan sosial yang sempurna kepada remaja sehingga mereka terjebak dengan pelbagai masalah sosial yang tidak terkawal. Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau tingkah laku ibu bapa dan pengalaman remaja yang hamil luar nikah. Reka bentuk kualitatif digunakan dalam meneroka pengalaman remaja dan ibu bapa mereka secara temu bual mendalam. Sampel kajian adalah seramai 6 responden yang melibatkan remaja yang hamil luar nikah tinggal di Taman Seri Puteri, Cheras. Temu bual telah dirakam, dilaporkan secara verbatim, disusun dan ditafsirkan serta merta selepas kajian lapangan. Tema utama diperoleh daripada analisis dan maklumat persoalan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa remaja yang hamil luar nikah tidak mempunyai perapatan dengan ibu bapa mereka dan mendorong remaja terlibat dalam aktiviti seksual yang tidak sihat. Persekitaran tempat tinggal, pengaruh rakan sebaya dan pendedahan mengenai aktiviti seksual secara berleluasa dalam jaringan web (internet) juga mempengaruhi remaja sehingga terjebak dalam hamil luar nikah. Pemantauan ibu bapa dan pihak sekolah secara berterusan boleh membantu remaja dalam mengurangkan kes remaja yang hamil luar nikah.
国家哲学社会科学文献中心版权所有