期刊名称:e-BANGI : Journal of Social Sciences and Humanities
电子版ISSN:1823-884X
出版年度:2012
卷号:7
期号:1
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
摘要:Penglibatan remaja perempuan dengan aktiviti seks sangat berisiko mengundang kepada kehamilan luar nikah di samping jangkitan HIV/AIDS dan jangkitan seksual yang lain. Artikel ini bertujuan untuk memahami perkembangan seks remaja, pengaruh perkembangan sehingga berlakunya kehamilan dan mencadangkan intervensi keluarga yang boleh digunapakai oleh mereka yang terlibat dalam profesion pertolongan. Metod kajian yang digunakan adalah kajian perpustakaan. Artikel konseptual ini juga melibatkan asas intervensi iaitu pendekatan sistem teori, intervensi krisis, dan penyelesaian masalah yang boleh dilaksanakan ke atas keluarga yang sedang dibelenggu masalah kehamilan remaja.