首页    期刊浏览 2024年09月07日 星期六
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Meneroka konsep cinta dalam perkahwinan dalam kalangan melayu bandar yang akan berkahwin
  • 本地全文:下载
  • 作者:Hoesni S. M. ; M. S.Mohamad. ; S. W. M. Hafidz.
  • 期刊名称:e-BANGI : Journal of Social Sciences and Humanities
  • 电子版ISSN:1823-884X
  • 出版年度:2012
  • 卷号:7
  • 期号:1
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • 摘要:Perkahwinan berdasarkan cinta merupakan satu perkara yang lumrah dalam pemilihan pasangan pada zaman ini. Objektif artikel ini adalah untuk meneroka bagaimana orang Melayu bandar mempersepsi konsep cinta dalam perkahwinan. Rekabentuk kajian embedded nested design telah digunakan dalam kajian ini. Seramai 245 individu Melayu Bandar yang menghadiri kursus kahwin wajib di sekitar Wilayah Persekutuan secara sukarela telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Responden telah dipilih secara kombinasi rawak mudah dan rawak berstrata. Kajian ini menggunakan soal selidik yang mengandungi soalan yang berkaitan latarbelakang diri dan perhubungan serta Skala Makna Subjektif Cinta dalam Perkahwinan (SMML1). Konsep cinta dalam perkahwinan telah dianalisis secara Principal Component Analysis (PCA) dengan menggunakan Teori Segitiga Cinta untuk mendapatkan elemen dan struktur cinta yang terkandung dalam SMML1. Jawapan bagi soalan terbuka telah dianalisis dengan mendapatkan tema berkaitan dengan konsep cinta. Dapatan kajian menunjukkan bahawa konsep cinta dalam perkahwinan diberikan definisi yang lebih memfokuskan kepada konteks kepercayaan dan nilai dalam perhubungan yang wujud dalam budaya Melayu bandar. Cadangan kajian pada masa akan datang adalah untuk meneroka konsep cinta secara lebih mendalam menggunakan pendekatan kualitatif dan memfokuskan kepada kumpulan berkahwin bagi mengkayakan definisi cinta dalam perkahwinan. Implikasi kajian yang dicadangkan ialah teori cinta perlu dikhususkan kepada individu daripada kumpulan yang spesifik seperti budaya dan tahap perhubungan dalam memahami konsep cinta yang dikaji. Implikasi kajian yang dicadangkan ialah kepada praktikal dalam membantu profesyen menolong seperti kaunselor dan pekerja sosial yang mengendalikan isu yang melibatkan perhubungan perkahwinan dan juga pembinaan polisi dalam mengukuhkan institusi perkahwinan yang melibatkan kumpulan Melayu di Malaysia.
国家哲学社会科学文献中心版权所有