首页    期刊浏览 2024年10月07日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Manifestasi penjagaan keluarga: tekanan psikologikal dalam menjaga pesakit mental
  • 本地全文:下载
  • 作者:Mohamad M. S. ; S. T. Chong ; N. Sarnon.
  • 期刊名称:e-BANGI : Journal of Social Sciences and Humanities
  • 电子版ISSN:1823-884X
  • 出版年度:2012
  • 卷号:7
  • 期号:1
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • 摘要:Penjaga keluarga memainkan peranan penting dalam penjagaan pesakit mental dalam komuniti. Perubahan lokus rawatan pesakit mental telah memindahkan beban penjagaan ke atas keluarga. Keadaan ini memberi cabaran kepada penjaga keluarga di Malaysia apabila harus berhadapan dengan kesan langsung dan tidak langsung yang wujud dari penyakit mental. Kajian ini bertujuan membincangkan tentang peranan penjagaan dan kesan psikologikal penjaga keluarga yang menjaga pesakit mental dalam komuniti. Seramai 24 orang responden telah terlibat dalam kajian berbentuk kualitatif ini. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat tiga peranan utama yang dimainkan oleh penjaga keluarga iaitu penjagaan emosi, penjagaan fizikal dan advokasi. Dalam perlaksanaan peranan ini, penjaga dilihat menghadapi pelbagai cabaran dari segi ekpresi emosi, kesan-kesan psikososial dan isu-isu persekitaran. Terdapat enam jenis emosi yang diekspresikan oleh penjaga keluarga seperti kerisauan, tekanan, hilang harapan, rasa kehilangan, malu dan rasa bersalah. Penjaga keluarga turut mengalami kesan-kesan psikososial seperti masalah kewangan, kesan ke atas keluarga, gangguan aktiviti sosial, masalah kesihatan fizikal dan keperluan sokongan. Penjagaan pesakit mental di rumah turut menyebabkan penjaga berhadapan dengan stigma sosial yang wujud dalam komuniti yang berkait rapat dengan penyakit mental. Justeru itu, kesemua faktor-faktor dalaman dan luaran yang dimanifestasikan oleh penjaga keluarga perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan mental kepada pesakit mental dan tidak hanya memfokuskan intervensi mereka kepada pesakit tetapi juga penjaga keluarga.
国家哲学社会科学文献中心版权所有