首页    期刊浏览 2024年09月16日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Hubungan faktor dalaman penderaan fizikal terhadap kanak-kanak oleh ibubapa
  • 本地全文:下载
  • 作者:Akhir N. M. ; K. Alavi. ; S. Nen.
  • 期刊名称:e-BANGI : Journal of Social Sciences and Humanities
  • 电子版ISSN:1823-884X
  • 出版年度:2012
  • 卷号:7
  • 期号:1
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • 摘要:Kanak-kanak merupakan sebahagian daripada masyarakat yang akan menyambung kepada pembangunan negara dan aset sumber manusia pada masa akan datang. Oleh itu, kerajaan amat prihatin terhadap kesejahteraan dan keselamatan kanak-kanak. Namun begitu, masyarakat kini sering dikejutkan dengan pelbagai berita yang berkaitan dengan penderaan dan penganiayaan kanak-kanak. Hampir setiap hari akhbar Malaysia memaparkan kes penderaan melibatkan kanak-kanak. Isu yang lebih meruncing ialah kemerosotan institusi keluarga yang mengundang pelbagai impak yang menghalang dalam melahirkan masyarakat sejahtera dan penyayang. Objektif utama artikel ini adalah mengenalpasti ciri demografi dan latarbelakang pendera dan mengenalpasti punca penderaan fizikal kanak-kanak dalam kalangan ibu bapa Melayu di negeri Selangor. Rekabentuk kajian adalah kualitatif, di mana seramai lapan (8) orang responden telah dipilih melalui persampelan bertujuan dan telah ditemu bual secara mendalam. Hasil kajian mendapati personaliti diri responden, pengetahuan agama yang lemah, tekananyang dihadapi dalam kehidupan harian dan pengalaman trauma penderaan yang dialami sebagai faktor dalaman yang mendorong ibubapa melakukan penderaan fizikal terhadap anak mereka. Implikasinya,pekerja sosial, pegawai psikologi dan kaunselor perlu mengambil kira faktor-faktor ini dalam menyediakan intervensi dan rawatan untuk mereka yang terlibat dalam kes penderaan fizikal kanak-kanak.Dalam usaha melindungi kanak-kanak ini komitmen secara kolektif daripada pembuat dasar, pihak berkuasa, badan bukan kerajaan dan anggotamasyarakat amat diperlukan.
国家哲学社会科学文献中心版权所有