首页    期刊浏览 2024年07月09日 星期二
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Kerja Sosial Di Sekolah: Memahami Dan Menangani Penderaan Kanak-Kanak
  • 本地全文:下载
  • 作者:Khadijah Alavi ; Aizan Sofia Amin ; N. Subhi
  • 期刊名称:e-BANGI : Journal of Social Sciences and Humanities
  • 电子版ISSN:1823-884X
  • 出版年度:2012
  • 卷号:7
  • 期号:1
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • 摘要:Kertas kerja ini bertujuan untuk meninjau masalah penderaan kanak-kanak di peringkat sekolah dan peranan pekerja sosial sekolah dalam menangani gejala sosial terutamanya penderaan kanak-kanak. Di Malaysia, kita sering mendengar kaunselor sekolah atau kaunselor kerjaya sekolah tetapi jarang mendengar adanya pekerja sosial di sekolah. Kajian kes berasaskan pendekatan fenomenologi telah dipilih sebagai pendekatan kajian. Responden kajian adalah kanak-kanak sekolah berbangsa Melayu, Cina dan India yang berumur antara 7 hingga 15 tahun dan tinggal di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Kajian ini dijalankan pada tahun 1994 dan sampel kajian diperolehi melalui kerjasama bahagian rekod, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Penemuan hasil kajian mendapati bahawa terdapat pelbagai bentuk penderaan iaitu fizikal, seksual, emosional dan penganiayaan. Kajian ini mendapati penderaan kanak-kanak merupakan suatu kemelut yang rumit dan kompleks untuk didiagnosis, sama ada kejadian ini merupakan kemalangan, penyakit atau kecederaan yang disengajakan. Penderaan kanak-kanak tidak terbatas pada situasi kanak-kanak, ibubapa atau penjaga, tetapi juga termasuk sesiapa sahaja yang diamanahkan dalam penjagaan dan pengawalan kanak-kanak seperti pembantu rumah, saudara-mara, jiran atau guru-guru. Kertas kerja ini merumuskan bahawa perkhidmatan kerja sosial di sekolah dapat bertindak sebagai intervensi awal yang membantu mencegah peningkatan dalam kes penderaan kanak-kanak dan pelbagai masalah sosial dalam kalangan pelajar sekolah. Perkhidmatan kerja sosial di sekolah juga boleh membantu mengurangkan beban guru dalam menangani masalah pembelajaran dalam kalangan pelajar bermasalah yang berpaksikan kepada keruntuhan sistem kekeluargaan, modenisasi dan urbanisasi.
  • 关键词:Penderaan dan pengabaian; kanak-kanak; pencegahan; kaunselor sekolah dan perkhidmatan kerja sosial di sekolah
国家哲学社会科学文献中心版权所有