首页    期刊浏览 2024年07月08日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 dan impaknya kepada pilihan raya umum (pru) 2008 di kawasan dewan undangan negeri (dun) kajang dan bangi, selangor. Archive for Mathematical Logic,
  • 本地全文:下载
  • 作者:Junaidi Awang Besar ; Mohd Fuad Mat Jali ; Rosmadi Fauzi
  • 期刊名称:e-BANGI : Journal of Social Sciences and Humanities
  • 电子版ISSN:1823-884X
  • 出版年度:2012
  • 卷号:7
  • 期号:1
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • 摘要:Persempadanan kawasan dibentuk daripada sempadan dan had ruang yang telah ditetapkan secara absah oleh pihak berkuasa. Di Malaysia, persempadanan sesuatu kawasan berbeza mengikut bidang kuasa pentadbiran pihak yang berautoriti iaitu merangkumi persempadanan pentadbiran pejabat tanah dan daerah, pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pentadbiran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dalam konteks persempadanan bahagian pilihan raya di Malaysia, ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu persempadanan bahagian pilihan raya perlu dilakukan setiap 10 tahun sekali berlandaskan kepada keadaan geografi dan topografi sesuatu kawasan, tahap pembangunan, demografi, kemudahan asas dan komunikasi serta kemampuan Kerajaan (Negeri dan Persekutuan) untuk menampung kos yang terlibat dengan penambahan kerusi DUN. Namun demikian, setelah persempadanan semula tersebut dibuat dan diluluskan, terdapat unsur-unsur yang dilihat menguntungkan pemerintah dalam usaha bagi mengukuhkan strategi bagi mengekalkan kuasa/geopolitik yang disebut sebagai gerrymandering. Justeru dalam artikel ini, secara mikronya kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan Bangi dipilih sebagai kawasan kajian untuk mengenalpasti kesan persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 terhadap pilihan raya umum. Berdasarkan temubual, pemerhatian di lapangan dan kajian kepustakaan didapati bahawa persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 menyebabkan berlakunya perubahan bilangan pemilih secara keseluruhan, perubahan bilangan pemilih mengikut kaum, perubahan kedudukan dan pertambahan serta pengurangan daerah mengundi, pertambahan kerusi DUN/konstituensi, perubahan kedudukan DUN dalam kawasan Parlimen dan memberi kesan terhadap keputusan pilihan raya. Persempadanan semula menyebabkan DUN Kajang dibahagikan kepada 2 kawasan iaitu DUN Kajang dan DUN Bangi dan digunapakai dalam Pilihan Raya Umum 2004 dan 2008. Persempadanan semula tersebut juga memberi kesan kepada keputusan pilihan raya umum 2004 di kawasan kajian dengan memberi kelebihan kepada parti peneraju Kerajaan Negeri dan Persekutuan iaitu Barisan Nasional (BN) namun ia berubah pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008. Justeru, artikel ini akan mengupas dengan lebih lanjut impak persempadanan semula bahagian pilihan raya 2003 dan pola pengundian di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan Bangi pada pilihan raya umum (PRU) 2008.
  • 关键词:Pilihan raya; Geografi; Persempadanan semula; Gerrymandering
国家哲学社会科学文献中心版权所有