摘要:Artikel ini cuba menunjukkan betapa pentingnya pasaran Timur Tengah kepada industri pelancongan Malaysia, untuk membincangkan profil kembara dan tingkah laku pelancong, dan akhir sekali mencadangkan strategi untuk membaiki kedudukan Malaysia sebagai destinasi antara-rantau yang paling diminati di kalangan pelancong Arab. Adalah dianggarkan sejumlah 35 juta pelancong Arab dari Timur tengah akan datang ke Malaysia pada tahun 2020. Pelancong Arab cenderung tinggal lebih lama, berbelanja lebih besar dan cuaca panas tidak menjadi penghalang kepada mereka. Rantau Timur Tengah adalah juga suatu pasaran yang cukup berpotensi untuk pelancongan kerana penduduk mudanya sedang berkembang dengan pendapatan per kapita yang tinggi, terutama Arab Saudi dan UAE. Kertas ini juga membincangkan pola pelancongan keluar daripada rantau ini dan juga usaha pemasaran yang diambil oleh pemain pelancongan Malaysia untuk menarik pelancong dari Timur tengah. Usaha-usaha promosi yang dijalankan oleh Malaysia di kawasan Lembah Kelang dan pemain- pemain pelancongan di beberapa tempat lain di negara ini masih belum sampai ke tahap "Mesra Pelancong Arab". Adalah dicadangkan Malaysia patut memberi fokus kepada usaha pemasaran mereka untuk menawan pelancong dari Arab Saudi dan UAE, untuk membangunkan produk pelancongan yang jelas memberi penekanan kepada belia, untuk meningkatkan hubungan udara antara bandaraya pelancongan utama di Malaysia dan Timur Tengah, mula menggunakan internet dengan lebih meluas untuk tujuan promosi dan pengedaran, dan untuk menggalakkan orang Arab untuk membeli premis timeshare di Malaysia.
其他摘要:This paper attempts to demonstrate the importance of the Middle East market to the Malaysian tourism industry, to discuss their travel profiles and behavior, and finally to suggest strategies to better position Malaysia as the most preferred inter-regional destination among the Arab tourists. It is estimated that there will be a total of 35 million outbound tourist arrivals from the Middle East in 2020. The Arab tourists tend to stay longer, spend more and are unfazed by the high tropical temperatures. The Middle East region is also a very viable market for tourism as it is home to a growing young population with a high per capita income, particularly the Saudi Arabia and UAE. This paper also discusses the pattern of outbound tourism from the region as well as the marketing efforts undertaken by the Malaysian tourism players to attract the Middle East travelers. Malaysia promotional efforts so far very much concentrated for tourism products and services within the Klang Valley area and tourism players in other parts of the country are still far from the so called “Arab Tourist’s Friendly”. It is suggested that Malaysia should focus more of their marketing efforts to well capture the Saudi Arabia and UAE outbound travel, to develop distinctive youth-oriented tourism products, to increase air links between major tourist cities in Malaysia and the Middle East, to start fully utilize the internet media for promotion and distribution, and to encourage the Arabs to purchase timeshare vacation homes in Malaysia
关键词:Pelancong Timur Tengah; Industri Pelancongan Malaysia; Pemasaran;Pelancongan
其他关键词:Middle East Tourists; Malaysian Tourism Industry; Tourism Marketing.