首页    期刊浏览 2024年07月24日 星期三
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Globalisasi ekonomi dan impaknya kepada ruang budaya bandar Malaysia (Economic globalization and its impact on Malaysia’s urban cultural space)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Amriah Buang
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2005
  • 卷号:1
  • 期号:1
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Kertas ini cuba menyerlahkan hakikat bahawa globalisasi ekonomi telah memberi impak kepada ruang budaya bandar Malaysia meskipun proses ini menerima rintangan. Dengan menampilkan gejala pemdentukan budaya baru di Bangsar, Kuala Lumpur, kewujudan impak ini cuba dijelaskan dengan merujuk kepada beberapa laporan akhbar tempatan mengenai percubaan pihak-pihak berkenaan untuk membarat atau mengAmerikakan kedua-dua landskap dan aktiviti budaya di Bangsar. Dari segi landskap, kehadiran ramai ekspatriat di Bangsar telah membawa kepada terdirinya banyak bistro, pubs dan kedai urut di jalan-jalan Bangsar Baru. Dari segi aktiviti budaya pula agen-agen tertentu telah cuba menganjurkan kegiatan baru yang berani seperti pesta mandi buih ala festival Woodstock Musical and Fair semasa perayaan Hari Valentine tahun 2000 yang telah mengundang tentangan dari komuniti masjid berdekatan dan memaksa kerajaan membatalkan permitnya. Meskipun peristiwa ini mencerminkan kedayaan pihak local untuk mempengaruhi impak global, namun ianya tidaklah harus ditafsirkan sebagai penerimaan pihak kerajaan akan reaksi pihak lokal. Minat kerajaan ialah memelihara dayasaing Malaysia di mata dunia dan kerana itu masyarakat tempatan haruslah dapat menunjukkan sikap toleransi terhadap budaya global. Hanya perhitungan politik saja yang menyebabkan kerajaan berpihak kepada masyarakat tempatan dalam tentangan mereka terhadap budaya global yang sensate itu . Dengan kata lain, kertas ini menyimpulkan bahawa ‘split personality’ kerajaan inilah yang telah memudahkan penembusan ruang Malaysia oleh budaya sensate global.
  • 关键词:budaya sensate; ekspatriat; globalisasi; landskap budaya; ruang budaya; tentangan lokal
国家哲学社会科学文献中心版权所有