标题:Selat Melaka 1992 - 2006: Iktibar beberapa aspek permasalahan dalam mengurus kesejahteraan sumber sekitaran serantau (The Malacca Strait 1992-2006: Revisiting the challenge of managing a regional environmental resource)
期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
电子版ISSN:2180-2491
出版年度:2006
卷号:2
期号:1
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Selat Melaka adalah laluan perkapalan utama antara Lautan Pasifik dan Lautan Hindi yang memainkan peranan penting bagi pembangunan ekonomi negara pertumbuhan pesat Asia seperti Cina, India, Jepun, dan Korea Selatan serta negara ASEAN khususnya Malaysia, Indonesia dan Singapura. Pada 2006, jumlah minyak yang diangkut melalui selat ini dianggarkan 15 juta tong sehari (2,400,000 m3/d) dalam keadaan berlakunya 34 kejadian kapal karam. Kejadian perlanunan pula telah meningkat menjelang alaf baru, iaitu 220 kejadian pada tahun 2000 berbanding dengan 25 pada 1994 (satu pertiga daripada jumlah kejadian perlanunan di seluruh dunia) sehingga memaksa negara litoral (Indonesia, Malaysia, Singapura) mengambil langkah pembanterasan yang lebih canggih teknologinya apabila kejadian perlanunan ini meningkat semula pada tahun 2004. Hasilnya ialah penurunan kejadian perlanunan kepada 150 pada 2003, 79 pada 2005 dan 50 pada 2006 meskipun industri perkapalan masih dirundung kekhuatiran kejadian serangan lanun akan meningkat semula. Demikianlah cabaran berterusan pengurusan sumber sekitaran serantau seperti Selat Melaka ini. Kertas ini mengimbas kembali situasi pada tahun 1992 iaitu antara tahun paling mencabar pengurusan keselamatan selat ini dan merumuskan tiga iktibar - iaitu (1) kerjasama di kalangan litoral dalam memperbaiki lagi teknik dan keupayaan pengurusan; (2) tindakan pro-aktif di pihak industri perkapalan selalu membaharui dan meningkatkan sumber peralatan dan kemahiran perkapalan demi mengurangkan pelanggaran kapal; dan (3) penglibatan bertanggungjawab dari kalangan pengguna antarabangsa selat ini dalam memastikan keselamatan penggunaan selat ini - yang sama pentingnya pada tahun 2006 seperti pada tahun 1992.
关键词:bencana perkapalan; kapal pecah; pengurusan sekitaran; perlanunan; negara litoral; sumber;sekitaran serantau