首页    期刊浏览 2024年10月05日 星期六
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Menganalisis pola dan arah aliran hujan di Negeri Sembilan menggunakan kaedah GIS poligon Thiessen dan kontur Isoyet (Analysing rain patterns and trends in Negeri Sembilan using the GIS Polygon Thiessen and Isohyet Contours methods)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Shaharuddin Ahmad ; Noorazuan Md Hashim
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2006
  • 卷号:2
  • 期号:1
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Curahan hujan seringkali digunakan sebagai indeks iklim bagi menentukan perubahan dalam kajian perubahan iklim global. Frekuensi dan tempoh curahan hujan dianggap sebagai indeks penting bagi bidang geomorfologi, hidrologi dan kajian cerun. Di samping itu, maklumat tentang taburan hujan penting kepada manusia kerana boleh mempengaruhi pelbagai aktiviti manusia seperti pertanian, perikanan dan pelancongan. Oleh itu, kajian ini meneliti pola taburan dan tren hujan yang terdapat di Negeri Sembilan. Data hujan bulanan dan tahunan untuk tempoh 21 tahun (1983 – 2003) dibekalkan oleh Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia (MMS) bagi lapan stesen kajiklim yang terdapat di seluruh negeri. Kaedah GIS Poligon Thiessen dan Kontur Isoyet digunakan bagi mengira dan menentukan pola taburan hujan manakala kaedah Ujian Mann-Kendall digunakan bagi mengesan pola perubahan tren dan variabiliti hujan. Hasil kajian menunjukkan bahawa berdasarkan kaedah Persentil dan Kontur Isoyet, pola taburan hujan di Negeri Sembilan boleh di kategorikan kepada dua jenis kawasan iaitu kawasan sederhana lembap (memanjang dari Jelebu -Kuala Pilah-Gemencheh) dan kawasan hujan lebat (sekitar kawasan pinggir pantai-Seremban- Chembong). Pola perubahan hujan didapati tidak tetap bagi kesemua stesen kajian bagi tempoh kajian ini. Berasaskan Ujian Mann-Kendall tahun 1980-an dan 1990-an menandakan tahun perubahan taburan hujan bagi kesemua stesen kajian yang boleh memberi kesan kepada kawasan tadahan dan seterusnya menentukan kadar bekalan air yang mencukupi. Perubahan pola taburan dan variabiliti hujan ini boleh dikaitkan dengan faktor tempatan seperti kepesatan pembangunan kawasan dan juga faktor global seperti perubahan iklim
  • 关键词:faktor global; faktor tempatan; hidrologi; kawasan tadahan; perubahan iklim; variabiliti hujan
国家哲学社会科学文献中心版权所有