首页    期刊浏览 2024年09月18日 星期三
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Kesan pertukaran gunatanah pertanian kepada keadaan sosio-ekonomi petani di kawasan pesisir Jawa Timur Indonesia (The impact of agricultural land conversion in East Java on the livelihood of farmers)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Suprajaka ; Ratnawati Yuni Suryandari
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2007
  • 卷号:3
  • 期号:1
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Telah berlaku perubahan dramatik dalam sektor pertanian Indonesia sejak 34 tahun (1971-2005) yang lalu. Sumbangan dari sektor pertanian kepada Keluaran Negara Kasar (KNK) telah jatuh menjunam sementara sumbangan sektor perindustrian telah melonjak naik. Perubahan struktur dari sektor pertanian kepada industri dan bukan tani ini tercermin dengan jelasnya pada fenomena pertukaran pesat gunatanah pertanian kepada gunatanah bukan tani dengan pelbagai akibat yang tidak menyenangkan terhadap isirumah dan komuniti tani. Kertas ini meneliti bagaimana perubahan struktur ini telah menjejaskan kehidupan komuniti petani di Gresik, Sidoarjo, dan Surabaya di Propinsi Jawa Timur. Kajian ini mendapati bahawa perubahan struktur ekonomi telah menyahstabilkan sektor pertanian yang seterusnya membawa kepada kemerosotan taraf hidup petani apabila mereka terpaksa berdepan dengan perubahan yang begitu mencabar baik pada pola pekerjaan mereka mahupun pada struktur sosial, nilai komuniti dan tradisi budaya mereka.
  • 关键词:peminggiran sektor pertanian; pendapatan petani; perubahan struktur ekonomi; pola pekerjaan;pertukaran gunatanah pertanian; sistem nilai komuniti tani
国家哲学社会科学文献中心版权所有