首页    期刊浏览 2024年09月18日 星期三
登录注册

文章基本信息

  • 标题:6.Perubahan prestasi sosio-ekonomi komuniti asal akibat pertukaran gunatanah pertanian kepada Bandar Baru Bumi Serpong Damai, Tangerang, Banten, Indonesia (Socio-economic transformation of original communities following the conversion of agricultural land to the new town of Bandar Baru Bumi Serpong Damai, Tangerang, Banten, Indonesia)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Ratnawati Yuni Suryandari
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2008
  • 卷号:4
  • 期号:1
  • 页码:54-70
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Pada masa sekarang ini, perkembangan bandar-bandar di Jawa telah membawa kepada wujudnya fenomena kawasan pinggiran bandar mengalami pertukaran gunatanah pertanian kepada kawasan industri dan bandarbandar baru. Kertas ini menghuraikan kesan sosio-ekonomi penduduk daripada pertukaran gunatanah pertanian kepada projek Bandar Baru Bumi Serpong Damai (BSD) di Tangerang, Banten, Indonesia, berdasarkan kajian yang dilakukan pada tahun 2004-2005 yang melibatkan 256 ketua keluarga penduduk yang masih kekal di kampung asalnya dan 61 ketua keluarga penduduk yang berhijrah dari kampung asal . Hasil kajian menunjukkan bahawa pada keseluruhannya, bagi kedua-dua kategori penduduk asal yang kekal dan yang berhijrah, prestasi aspek-aspek sosio-ekonomi yang meningkat dan yang tetap baik adalah lebih rendah (42.6%) berbanding dengan prestasi aspek-aspek sosio-ekonomi yang tetap rendah dan yang merosot (57.4%). Oleh itu pertukaran gunatanah pertanian kepada Bandar Baru BSD pada umumnya didapati tidak membawa peningkatan taraf dan kualiti hidup kepada sebahagian besar penduduk asal. Implikasinya ialah faedah terbesar daripada pembangunan bandar secara kapitalis ini diraih oleh golongan pemodal dan golongan kelas menengah. Ianya kurang memanfaatkan penghuni asal kawasan yang merupakan golongan marhaen atau pengeluar kecil. Justru pembangunan Bandar Baru BSD dapat dikatakan kurang sesuai dan kurang utuh sebagai model pembangunan di Indonesia kerana sifatnya yang ternyata amat kurang mesra penduduk asal.
  • 关键词:bandar baru; disenfranchisement; komuniti asal; kualiti hidup; pertukaran gunatanah pertanian;prestasi sosio-ekonomi
国家哲学社会科学文献中心版权所有