首页    期刊浏览 2024年07月24日 星期三
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Bandar berdaya saing vis-a-vis pembangunan bandar lestari: Suatu wacana tentang pembangunan bandar di Malaysia (Urban competitiveness vis-a-vis sustainable urban development: A discourse on urban development in Malaysia)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Fatimah Yusof ; Katiman Rostam ; Zikri Muhammad
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2008
  • 卷号:4
  • 期号:1
  • 页码:85-98
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Pada masa ini konsep pembangunan bandar lestari yang menggabungkan di dalamnya idea kebolehunian bandar, adalah salah satu isu dalam pengurusan bandar. Namun dengan kemunculan pengaruh globalisasi ekonomi, usaha untuk membangunkan bandar lestari menghadapi cabaran baru. Pada masa ini bandar tidak hanya mesti dilihat sebagai maju secara lestari dan boleh dihuni tetapi juga berdaya saing sehingga mampu menarik pelaburan asing, terutamanya pelaburan langsung asing. Pihak berkuasa tempatan bandar kini tidak hanya terpaksa bersusah-payah untuk mencapai objektif pembangunan bandar lestari tetapi juga amat tertekan untuk mewujudkan iklim yang kondusif supaya berdaya saing dan sesuai untuk pelaburan ekonomi khususnya dalam aktiviti pembuatan dan perkhidmatan. Kedua-dua konsep tersebut sebenarnya tidak sepenuhnya sekufu tetapi kedua-duanya saling berkaitan dan saling memerlukan antara satu sama lain. Makalah ini bertujuan untuk membincangkan kedua-dua konsep berkenaan dengan memberi penekanan kepada perbezaan dan persamaan selain menjuruskan penjelasan kepada beberapa elemen yang sepunya yang sesuai diterapkan dalam bidang pengurusan bandar. Ia merumuskan bahawa walau pun hubungan tersebut tidak keseluruhannya songsang tetapi wujud ketakserasian yang ketara antara kedua pendekatan tersebut. Ketakserasian matlamat dan impak antara kedua pendekatan tersebut boleh menimbulkan konflik dalam proses perancangan bandar kerana keduanya didorong oleh motif yang berbeza. Suatu pendekatan yang lebih pragmatik perlu dibentuk untuk memastikan matlamat kedua-dua pendekatan pembangunan bandar tersebut dapat dicapai. Dalam hal ini peranan PBT sangat kritikal
  • 关键词:daya saing bandar; kebolehunian bandar; kelestarian bandar; pembangunan bandar lestari;perancangan dan pengurusan bandar; pihak berkuasa tempatan
国家哲学社会科学文献中心版权所有